MASJID WAN ALWI

TABUAN JAYA, KUCHING
SARAWAK
1611015
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini terletak di Jalan Lorong Bayor, Bukit Tabuan Jaya, Kuching, iaitu di kawasan seluas empat ekar berdekatan jalan besar. Tapak masjid ini adalah tanah wakaf daripada keluarga-keluarga yang membangunkan Tabuan Jaya. Kawasan persekitarannya dikelilingi pepohon menghijau dan berhampiran dengan Sungai Tabuan. Masjid ini telah dirasmikan pada 14 Muharam 1428 Hijri bersamaan 2 Februari 2007 Masihi oleh YAB Pehin Sri Tan Sri Datuk Patinggi (Dr.) Haji Abdul Taib bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

BINAAN

Reka bentuk masjid ini mengekalkan konsep tempatan tetapi moden, iaitu menampilkan reka bentuk bumbung berbentuk piramid seperti kebanyakan rumah Melayu. Sambungan serambi membawa konsep kemasan yang mempunyai nilai estetika dan kontemporari. Dewan solat utama dan dewan wanita berada setinggi 1.5 meter dari paras tanah. Ini membolehkan pengaliran udara secara semula jadi memasuki ruang di antara lantai yang diperbuat daripada papan. Keluasan bahagian solat masjid ini sederhana besar dan kira-kira 1,000 jemaah boleh memenuhinya dari utara hingga selatan ruang solat apabila pintu di sebelah tepinya dibuka. Di ruang ini juga dibina dua buah bilik untuk menempatkan imam. Mihrab yang bersebelahan dengan mimbar diperbuat daripada blok kayu dan besi yang membawa konsep bangunan lutsinar. Ruang sembahyang di bahagian selatan dan utaranya berkonsep terbuka dan mesra alam. Persekitaran masjid ini dikekalkan mengikut suasana semula jadi dan ditambah dengan taman yang mempunyai elemen air dan batuan. Pepohon hijau dan bunga-bungaan yang ditokok tambah padanya menampilkan seri halaman masjid ini.

KEMUDAHAN

PETA





58319


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan