MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

NO. 25, JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN, PRESINT 3, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA
W.P. PUTRAJAYA
1601004
0388804300
03-88901614
01/10/2004

SEJARAH

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin muncul sebagai satu mercu tanda baru di Putrajaya. Masjid ini mula dibina oleh Perbadanan Putrajaya pada tahun 2004 Masihi di satu kawasan seluas 4.04 hektar berhampiran Tasik Putrajaya di Presint 3, Putrajaya dan siap pada bulan September 2009 Masihi. Masjid yang berkonsepkan kontemporari dan reka bentuk moden ini dibina menggunakan 70 peratus (kira-kira 6,000 tan) besi keluli. Bahan konkrit hanya digunakan untuk membina ruang letak kereta dan laluan pejalan kaki yang terletak bersebelahan masjid. Selebihnya ialah kawasan lantai jubin, keemasan arkitektural luaran besi tahan karat, aluminium, crystalised glass, grannite, dan spray grannite.ILHAM PENUBUHANNYA JUGA ADALAH DARIPADA PUCUK PIMPINAN NEGARA YANG SENTIASA MENGAMBIL BERAT BERKAITAN HAL EHWAL AGAM ISLAM.

BINAAN

Reka bentuknya tanpa dinding BERKONSEPKAN AGIN , TELUS, SEDERHANA dengan skrin masyrabiyah separa tertutup. Skrin masyrabiyah di sekeliling dewan solat utama ini terdiri daripada bahan besi tahan karat, iaitu jenis lattice dan architectural metallic waiving screen yang membenarkan laluan udara secara terus dari tasik di sekeliling masuk ke dalam masjid. Anyaman masyrabiyah yang diimport khas dari Jerman itu merupakan jenis skrin yang sama digunakan di Stadium Bernabeu, iaitu stadium bola sepak pasukan Real Madrid, dan juga pada ruang meletak buku setinggi 20 tingkat di Perpustakaan Negara di Paris serta di sebuah ruang letak kereta di Barcelona. Reka bentuk masjid ini berkonsepkan “airy, light and transparent”. Walaupun besi keluli menjadi bahan utama, namun ia hanya untuk membina kerangka masjid. Setiap tiang dikemaskan dengan bahan telus cahaya, iaitu crystalized glass yang menyerlahkan masjid ini kelihatan berwarna putih jika dilihat dari jauh. Pada sebelah malam, simbahan cahaya lampu menambahkan lagi keindahannya. Kubahnya diperbuat daripada besi tahan karat, dan bahagian tepi bumbungnya sepanjang 13 meter pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan. Ketinggian siling di ruang dewan solat utama ialah 30 meter dari aras lantai. Dewan solat masjid ini tidak disediakan kipas atau pendingin hawa. Walau bagaimanapun, suasana damai dan nyaman masih dirasa, kerana angin sejuk dihasilkan melalui dinding yang mempunyai saliran air dari air kolam bertingkat mengelilingi bangunan. Saliran itu ditambah dengan penggunaan teknologi gas penyejukan udara yang memberi keselesaan kepada para jemaah dan pengunjung yang datang ke masjid ini. Kaligrafi nama-nama Allah diukir indah di kiri dan kanan dinding dewan utama serta di ruang laman sahn sebelum sampai ke ruang solat utama. Ia bagi menyambut kedatangan pengunjung di pintu gerbang konkrit yang dibina menggunakan glass reinforce concrete (GRC). Pada dinding mihrabnya pula terdapat tulisan ayat-ayat suci al-Quran daripada Surah al-Baqarah dan Surah Ibrahim yang dilakar pada panel kaca diimport khas dari Jerman setinggi 13 meter.

KEMUDAHAN

["4","6","10","12","15","16","17","18","19","20"]

PETA