MASJID USAMAH BIN ZAID

8A JALAN 2/27A WANGSA MAJU SETAPAK
W.P. KUALA LUMPUR
1404013
03-41421653
02/04/2010

SEJARAH

Nama masjid ini diambil bersempena nama seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Usamah Bin Zaid yang merupakan anak kepada Zaid bin Harithah. Beliau juga merupakan panglima perang Islam yang termuda dilantik ke jawatan tersebut oleh Rasulullah SAW iaitu pada usia 18 tahun. Walaupun di usia yang masih muda, beliau dan tentera Islam di bawah kepimpinannya telah berjaya menewaskan tentera Rom dalam pertempuran yang berlaku di Syam.

BINAAN

Masjid yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini mulai dibina pada 12 Mac 2004 dan siap sepenuhnya pada 16 Oktober 2008 oleh Syarikat Tetuan Faldze Corporation Sdn.Bhd sebagai kontraktor yang dilantik bagi menyiapkan pembinaan masjid ini. Ia dibina di atas tanah berkeluasan 10.7 hektar dengan nilai kos mencecah RM19 juta serta mampu memuatkan seramai 5000 orang jemaah pada satusatu masa. Solat jemaah pertama di masjid ini adalah pada 15 Julai 2008 dan Solat Jumaat yang pertama pula dilaksanakan pada 16 Julai 2008 dengan Ustaz Murshidi bin Abd Hamid sebagai Khatib dan juga Imam.

KEMUDAHAN

Masjid ini dilengkapi dengan kemudahan seperti pejabat pusat pentadbiran Zon 4 Jawi, dewan solat yang dilengkapi dengan 4 Projektor LCD dan papan layar, dewan serbaguna, bangunan sekolah rendah agama, kuarters kakitangan masjid, rumah musafir, pondok waqaf, tempat penyembelihan, bilik kuliah, bilik mesyuarat, bilik tetamu kenamaan (VIP), bilik pengurusan jenazah, kawasan meletak kenderaan, tandas dan kerusi OKU serta padang futsal. Jarak masjid ini dengan masjid atau surau berdekatan adalah sejauh 500 meter.

PETA





57116


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan