MASJID JAMIUL EHSAN

JALAN PAHANG, PEKAN SETAPAK
W.P. KUALA LUMPUR
1404008
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Jamiul Ehsan ini telah siap dibina pada tahun 1991. Ia terletak di Pekan Setapak, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Masjid ini didirikan bagi mengantikan masjid lama yang dibina pada tahun 1933. Masjid lama ini terletak di hadapan Masjid Jamiul Ehsan yang tidak lagi digunakan. Namun kerana masjid ini mempunyai nilai sejarah maka ia diletakkan di bawah pemuliharaan dan pengurusan Jabatan Warisan dan Antikuiti. Masjid lama ini dibina mengikut reka bentuk tradisional Melayu, manakala Masjid Jamiul Ehsan berkonsepkan reka bentuk Timur Tengah dan moden. Konsep ini jelas kelihatan pada bahagian kubah dan bumbung masjid yang direka bentuk mendatar.

BINAAN

Binaan masjid ini berkonsepkan timur tengah dimana terdapat satu menara tinggi dibina diluar bangunan masjid dan kubah besar yang cantik tersergam indah dipuncak bangunan.

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang ada termasuklah ruang parkir dan solat yang selesa.

PETA





220386


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan