MASJID BUKIT AMAN

JALAN BUKIT AMAN NO PENDAFTARAN: JAWI/5/037
W.P. KUALA LUMPUR
1403016
03-22740525
03-22740521
30/11/-0001

SEJARAH

Idea untuk mendirikan masjid ini timbul kira-kira tiga tahun yang lalu, di dalam satu majlis berbuka puasa di Surau Bukit Aman, di mana ketika itu hujan sedang turun dengan lebatnya. Tan Sri Samsuri Arshad (bekas Timbalan Ketua Polis Negara dan beberapa orang pegawai kanan sedang berbual-bual selepas berbuka puasa. Perbualan mereka telah terhenti seketika apabila titisan air hujan jatuh di atas meja di hadapan mereka. Pegawai-pegawai yang hadir seterusnya mengusulkan cadangan supaya sebuah surau baru dibina di ibu pejabat Polis Bukit Aman. Idea pembinaan surau yang sempurna ini telah dibawa ke pengetahuan Ketua Polis Negara. Ketua Polis Negara telahg memperakui betapa perlunya surau baru Bukit Aman dibina memandangkan surau yang sedia ada kecil dan usang. Pada 13 Jun 1995, Ketua Polis Negara telah berjumpa YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di pejabat beliau, di Jabatan Perdana Menteri dan menerangkan betapa perlunya sebuah surau baru dibina di Bukit Aman. Perdana Menteri telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan meluluskan bantuan kerajaan di dalam bentuk "outright grant" sebanyak RM4 juta. Seterusnya beliau menyarankan supaya surau tersebut dinaikkan tarafnya menjadi sebuah masjid.

BINAAN

Rekabentuk Masjid Bukit Aman ini adalah berdasarkan ciri-ciri kekuasaan Allah sebagai penentu keamanan dan kemakmuran sesebuah negara. Simbol-simbol seperti KEKUATAN, KESEDERHANAAN DAN KEBERKESANAN telah ditonjolkan. Kedudukan tapak masjid yang terletak di dalam kehijauan dan keundahan Taman Tasik Perdana telah banyak memberi ilham dan rangsangan kepada perangcangan susunatur dan ciptaan manusia khusus untuk masjid ini. Ciri-ciri kesederhanaan dan keberkesanannya pula ditonjolkan melalui satu struktur kubah yang besar yang menutupi ruang sembahyang utama. Ianya dibina tanpa dinding dan kelihatan seolah-olah sekuntum cendawan yang baru tumbuh dan berkembang dari muka bumi taman ini dengan cepat sekali serta betul pada tempatnya. Ini adalah bertepatan dengan motto PDRM iaitu "Cepat dan Betul". Kubah yang berbentuk cendawan ini pula diapit oleh sebuah menara dan tuga kubah rendah yang seolah-olah bertindak sebagai benteng kawalan yang akan menjaga setiap penjurunya yang menonjolkan nilai "Bersedia Berkhidmat" Di kaki menara-menara tersebut, dibina tapak yang kukuh di mana ia seakan-akan kubu-kubu kawalan yang dengan sendirinya melambangkan peranan sebagai benteng keselamatan. Kubu-kubu ini pada hakikatnya merupakan bilik-bilik kulia yang akan digunakan sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan keislaman yang luas dan universal.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah Dewan Besar, Kelas Komputer, Kelas Pra-Sekolah, Kelas Agama, Pentas, Perpustakaan.

PETA





57091


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan