MASJID JAMEK ALAM SHAH

JALAN TUN RAZAK/JALAN PASAR No Pendaftaran: JAWI/5/005
W.P. KUALA LUMPUR
1403012
03-92848584
03-92848584
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini adalah sebuah masjid yang agak lama dibina di Kuala Lumpur. Masjid ini pernah dilawat oleh Yang Mulia Sultan Brunai sewaktu rombongan diraja datang ke Malaysia untuk menyaksikan sambutan hari kemerdekaan. Rombongan diraja ini juga telah datang untuk menunaikan solat Jumaat di masjid ini.

BINAAN

Masjid ini mempunyai kubah dan menara yang besar dan tersergam indah , mihrab dan dewan solat utama .Rekaan bangunanya berbentuk segiempat dan struktur masjid ini keseluruhannya adalah simen dan terdapat sedikit rekabentuk kayu. Di dinding masjid ini terdapat seni khat yang bercorak islamik yang menyerlahkan lagi rekaannya.

KEMUDAHAN

Masjid ini mempunyai dewan solat utama untuk lelaki dan perempuan serta dewan solat tambahan di sebelah luarnya . Kitab suci Al-Quran diletakkan di setiap sudut . Selain itu , terdapat juga bilik imam/bilal , bilik stor , pejabat , bilik mesyuarat , dapur ,van jenazah ,mandijenazah dan tempat wudhuk lelaki dan wanita .. Di bahagian luar masjid terdapat beberapa ruang letak kereta khas pegawai masjid berbumbung serta garaj untuk motosikal dan basikal

PETA





57091


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan