MASJID AL-MUTTAQIN

JLN MASJID BARU,SARIKEI
SARAWAK
1319002
084-653759
09/09/1981

SEJARAH

Kedudukan masjid ini agak strategik kerana ia terletak di tengah-tengah Bandar Sarikei. Sebelum diberi nama Al-Muttaqin masjid ini pernah dikenali dengan nama Masjid Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub. Masjid ini telah dibina di atas sebidang tanah seluas 3.4 ekar dan menelan belanja RM 3 juta bagi menggantikan Masjid Lama Sarikei yang didirikan pada tahun 1934 Masihi yang telah uzur yang terletak di Jalan Masjid Lama. Pembinaan Masjid Al-Muttaqin ini bermula pada 9 Julai 1981 Masihi dan ia telah dirasmikan oleh YAB Pehin Sri Tan Sri Datuk Patinggi (Dr.) Haji Abdul Taib bin Mahmud pada 9 Zulkaedah 1403 Hijri bersamaan 18 Ogos 1983 Masihi.

BINAAN

Bentuk Masjid Al-Muttaqin telah direka indah mengikut seni bina masjid Timur Tengah. Ia mempunyai pembukaan bumbung yang luas dan mendatar dan dihiasi dengan sebuah kubah berbentuk bawang berwarna emas. Terdapat empat penjuru di bumbung yang dibina seakan-akan menara dan dihiasi setiap satu dengan kubah berbentuk bawang yang juga berwarna emas. Pada serambi masjid dibina gerbang-gerbang berbentuk geometri. Rekaannya kelihatan tinggi dan nampak ringkas serta penuh kesederhanaan sebagaimana yang disarankan oleh Islam.

KEMUDAHAN

(1) Auditorium

(2) Dewan Makan

(3) Bilik Kuliah

(4) Pejabat pentadbiran

(5) Bilik VIP

(6) Asrama / Bilik Musafir

(7) Koperasi masjid

(8) Lot kedai perniagaan

(9) Tandas /Bilik air awam

(10) Laluan ramp untuk kerusi roda (OKU)

(11) Tandas oku

(12) Tempat wudu’ oku

(13) Kerusi solat oku

PETA





60246


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan