MASJID BABUSSALAM

KAMPUNG JERIAH, SIBU
SARAWAK
1310007
0168076304
30/11/-0001

SEJARAH

Kampung Jeriah yang terletak di Batu 71/2 Jalan Oya Lama, Sibu mula diterokai oleh sekumpulan peneroka yang berhijrah ke Sibu pada awal tahun 1970 secara tidak sah. Pada masa itu, terdapat lebih 1500 orang yang menetap di kampung ini. Melihat kepada perkembangan ini dan memandangkan 95% penduduk kampung itu adalah beragama Islam, penduduk-penduduk kampung telah bercadang untuk membina sebuah surau bagi memudahkan mereka untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan. Setelah persetujuan dicapai, sebuah surau telah didirikan pada tahun 1973. Pada tahun 1955, Surau Darul Babussalam telah diluluskan untuk mendirikan solat Fardhu Jumaat atas kebenaran pihak Jabatan Agama Islam Sarawak. Pada masa itu jemaahnya terdiri daripada penduduk setempat dan kampung-kampung yang berdekatan. Keadaan ini telah berubah pada penghujung tahun 90-an, di mana kawasan Jalan Oya telah dibuka kepada pemaju perumahan, maka dari detik itu banyak perumahan baru yang telah dibuka. Pada 2005, Surau Darul Babussalam telah dinaiktaraf menjadi Masjid dan atas arahan Majlis Islam Sarawak, nama Surau Darul Babussalam telah ditukar ke Masjid Babussalam.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA





58027


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan