MASJID JAMEK KG. SUNGAI PADANG PAPAR

D/A PEJABAT JHEAINS PAPAR, TINGKAT 1, BANGUNAN URUSETIA PEJABAT DAERAH PAPAR 89608 PAPAR
SABAH
1231011
088-912971
088-912971
15/01/2005

SEJARAH

Masjid ini pada mulanya hanyalah berupa sebuah surau kerana bangunannya kecil dan tidak mengadakan solat Jumaat ia hanya digunakan ketika menunaikan solat sunat tarawih dibulan ramadan (hanya diimarahkan pada bulan Ramadan) Memikirkan kemudahan dan perlunya sebuah Masjid dibangunkan di kariah ini, maka seorang hamba Allah telah bermurah hati menderma wang ringgit bagi membesarkan serta menambahbaik struktur bangunan ini dan setelah siap surau ini dinaik taraf menjadi sebuah Masjid dengan kelulusan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Kemuftian N.Sabah. Sebelum wujudnya masjid ini, penduduk Islam kampung (Kariah) tersebut terpaksa menunaikan solat Jumaat samaada di Masjid Kg.Kuala atau Masjid daerah Papar yang terletak kira-kira 6 kilometer.

BINAAN

KEMUDAHAN

Berbagai kemudahan terdapat di Masjid ini seperti:- Tempat letak kereta, Tandas, Tempat berwuduk lelaki dan perempuan, Bilik Imam dan Bilal, Bilik Membaca, Bangunan Kelas KAFA, Pembesar suara dan Ruang Istirehat.

PETA





58050


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan