MASJID AT-TAQWA KG BABAGON BARU

KG. BABAGON BARU, JALAN RANAU, PETI SURAT 247, 89657 TAMBUNAN, SABAH.
SABAH
1221019
087-774654
087-774654
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini dibina bagi menggantikan surau yang ada kerana keadaan surau yang uzur dan sempit yang mana menjadi pusat kegiatan keagamaan di Kg. Babagon Baru. Masjid ini merupakan rumah ibadah yang ketiga bagi kampung ini. Surau yang pertama dibina oleh USIA dan menjadi pusat pembelajaran Kelas Asas Fardhu Ain bagi penduduk kampung yang semuanya adalah muallaf. Surau yang kedua telah dibina menggantikan bangunan yang pertama ini dan bangunan ini menjadi surau utama bagi penduduk kampung manakala bangunan surau lama masih dikekalkan dan menjadi pusat pembelajaran KAFA dan AL-Quran. Sesuai dengan peredaran zaman, penduduk kampung ini semakin bertambah dan keperluan dalam menjalankan kegiatan agama juga bertambah, keadaan bangunan surau yang ada agak sempit dan agak uzur menyebabkan kampung ini memerlukan sebuah bangunan yang lebih besar, luas dan kawasan yang dapat menampung keperluan ini. Akhirnya Masjid ini dibina.

BINAAN

Masjid dibina dengan bangunan konkrit, ruang solat lelaki dan wanita, mihrab yang dibina oleh orang kampung sendiri.

KEMUDAHAN

-Tempat wudhu ( 1 sahaja - lelaki dan perempuan kongsi ) -Tandas ( 2 buah ) - Masjid ini memerlukan : -Ruang Solat Wanita -Tempat wudhu Wanita -Pejabat Imam -Bilik Gerakan -Stor

PETA





58723


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan