SURAU SHOUTUL IMAN

SURAU SHOUTUL IMAN, KG KALIPUON, D/A PEJ JHEAINS PITAS, PETI SURAT 272, 89108, KOTA MARUDU.
SABAH
121411003
0195857716
30/11/-0001

SEJARAH

Sejarah pembinaan surau Kampung Kalipuon bermula dari tahun 70-an hasil daripada kesepakatan penduduk kampung. Surau ini diasaskan oleh Al-Marhum Tuan Imam Ambilong dan Al-Marhum Tuan Haji Agtang. Surau ini pada asalnya dibina dengan keluasan 15 x 50 kaki dengan menggunakan bahan binaan daripada kayu, bambu dan daun atap nipah. Selepas beberapa tahun, ianya telah dibaik pulih dengan berlantai dan berdindingkan papan serta atap zink. Surau kampung Kalipuon ketika ini lebih dikenali dengan nama Shoutul Iman dengan bahan binaannya daripada konkrit dengan keluasan keseluruhan 60 x 60 kaki persegi. Aktiviti yang dilaksanakan di surau ini ialah solat fardhu lima waktu secara berjemaah, solat Jumaat, kelas Kafa, kelas Takmir dan aktiviti keagamaan seperti sambutan Maal Hijrah, Maulud Nabi, ceramah agama dan banyak lagi.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA





9626


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan