Pusat Islam
Jalan Masjid off Universiti Malaysia Sabah
Jln UMS
Kota Kinabalu
Sabah
88400
Malaysia
SABAH
1206011
088-320000 samb
088-320736
24/11/1994
24/11/1994
SEJARAH
BINAAN
Masjid ini berkonsepkan reka bentuk masjid di Timur Tengah. Ia mempunyai sebuah kubah utama diiringi empat kubah kecil. Masjid ini mempunyai warna senada iaitu merah bata di bahagian luaran bangunannya. Ini melambangkan bahawa di dalam Islam tidak ada perbezaan. Di dalam masjid ummahnya akan bersatu dan berjemaah bersama-sama dan saling mengeratkan tali silaturahim.
Masjid yang dibina sebanyak tiga tingkat ini mempunyai hiasan dalam yang minima dan tidak keterlaluan. Menggunakan kayu untuk menerapkan unsur-unsur alam di dalam masjid. Antaranya kayu pemidang verandah pada setiap tingkat. Kayu tersebut ditebuk bercorak bintang berkonsep geometri bagi menambah nilai seni di bahagian yang kelihatan kosong. Manakala mihrab dan mimbar yang menjadi titik fokus jemaah diperbuat daripada kayu yang diukir hasil jalinan ukiran berkonsepkan geometri. Pada bahagian pintu kayu turut dijadikan hiasan ukiran tebuk telus juga berkonsepkan jalinan geometri. Pintu sesar masjid diperbuat daripada besi berwarna kuprum telah menyerlahkan satu gabungan konsep yang menarik pada masjid ini. Pada kaki setiap tiang yang menjadi penyokong masjid ini diletakkan rak-rak yang boleh memuatkan kitab-kitab al-Quran dan buku-buku agama bagi kemudahan para jemaah.

KEMUDAHAN
Masjid ini dilengkapi dengan dewan solat lelaki dan wanita, bahagian pejabat pentadbiran masjid, tempat berwuduk lelaki dan wanita dan dewan kuliah. Selain menerima jemaah dari kalangan penghuni kampus, masjid ini turut mendapat sambutan dari kalangan jemaah luar yang berkerja di sekitar Putrajaya Sabah terutama pada hari Jumaat.