Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Jln Pasir, Teluk Likas 89400, Kota Kinabalu
SABAH
1206004
22/06/1992
22/06/1992

SEJARAH

Masjid ini mendapat nama sebagai Masjid Bandaraya Kota Kinabalu adalah sesuai dengan kedudukannya sebagai masjid yang terbesar di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Walaupun masjid ini lebih besar daripada Masjid Negeri yang terletak di Sembulan, namun tarafnya hanyalah sebagai masjid utama Bandaraya Kota Kinabalu, manakala Masjid Negeri terus kekal dengan tarafnya sebagai masjid utama negeri Sabah.Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ialah Masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia selepas Masjid Negeri. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada tanggal 18 Februari 2000 berikutan pengisytiharan bandar Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya. Ia telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Bin Dandai, Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-8.Masjid ini dibina di atas tapaknya hari ini adalah daripada kesungguhan ikhtiar serta cetusan ilham dan cadangan Allahyanham Tun Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Said bin Keruak, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-7. Pada asalnya tapak masjid ini ialah kawasan pantai dan pesisir air laut Kampung Likas. Tapak seluas 14.83 ekar ini mula ditimbus pada bulan iulai 1 989 dan siap pada bulan Ogos 1989. Ini diikuti dengan kerja-kerja Penyediaan Tapak bermula pada bulan September 1 990 dan siap pada bulan Jun 1991. Kerja-kerja Menanam Cerucuk dimulakan pada 22 Jun 1 992 dan skip pada 23 Mac 1 993. Projek berkenaan tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan dan teknikal. Bagaimanapun, berkat kesungguhan pimpinan Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1994, maka projek berkenaan mendapat peruntukan yang sewajarnya untuk diteruskan. Dengan ini barulah kerja-kerja pembinaan bangunan dan kerja-kerja sivil masjid berkenaan dapat dimulakan. Bagaimanapun, projek berkenaan menghadapi pelbagai masalah pengurusan dan teknikal menyebabkan kerja-kerja pembinaannya terganggu dan berjalan secara perlahan. Mulai 1 Januari 1 996, pelaksanaan projek berkenaan dipindahkan daripada pengurusan Majlis Ugama Islam Sabah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Pemindahan ini juga menimbulkan masalah teknikal sampingan. Bagaimanapun, apabila semua masalah projek berkenaan dapat diselesaikan, maka barulah kerja-kerja pembinaan masjid tersebut dapat dipercepatkan dan berjalan dengan licin mulai pertengahan tahun 1997 dan siap pada akhir tahun 1999.

BINAAN

Konkrit dan Kayu
Konkrit dan Kayu

KEMUDAHAN

Mesin ATM (Bank Islam), Gerai Bazar, Kelas KAFA, Madrasah TAHFIZ, Pejabat AM, Pejabat Imam, Kelas OKU, Bilik Mesyuarat, Bilik Kuliah, Kaunter Pertanyaan, Pondok Pengawal, Kipas Gergasi, Ruang Parking,

PETA

82088

Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan