MASJID BANDAR PERMAISURI (KERAJAAN)

BANDAR PERMAISURI, SETIU
TERENGGANU
1107021
30/11/-0001

SEJARAH

Bandar Permaisuri adalah sebuah pusat bandar yang diwujud setelah tertubuhnya Daerah Setiu, sebagai daerah yang ketujuh bagi Negeri Terengganu pada tahun 1985. Sebelum ini pusat bandar ini dikenali dengan nama Kampung Buluh yang terletak dalam Daerah Besut. PERMAISURI Masjid ini mula dibina pada tahun 1967 dengan kos pembinaan sebanyak RM25,000.00. Jumlah muatan jemaah ketika itu ialah 600 orang.Kemudian diperbesarkan lagi bagi menggantikan masjid lama. Kapasiti bilangan jemaah ialah 1,000 orang. Didirikan di atas tanah yang berkeluasan 1.5 ekar. Anggaran kos pembinaan ialah RM5 juta. Bina 19 Julai 1997 dan siap 14 Februari 1999. Masjid Kampung Buluh telah wujud sejak tahun 1910 lagi terletak di Kampung Buruk. Oleh kerana sering di tenggelami banjir pada tahun 1967 Masjid Kampung Buluh dipindahkan ke tapak yang lebih tinggi, yang jaraknya kira-kira 100 meter dan pembinaannya memakan belanja sebanyak RM 25,000.00. Sebagai masjid daerah, tapak masjid ini sekali lagi dipindahkan yang jaraknya kira-kira dua (2) kilometer dari tapak yang kedua. Model masjid ini sama dengan Masjid Geliga, Kemaman, dan dinamakan dengan nama Masjid Bandar Permaisuri.Kini kedua-dua masjid lama dikekalkan sebagai masjid tanpa jumaat.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA