Masjid ini dibina di atas tanah milik dan wakaf warga untuk kubur seluas sekitar 60 kaki x 80 kaki. Kos pembinaan adalah daripada kerajaan negeri. Bangunan asal masjid ini dibina pada tahun 1920an, yang ketika itu hanya dapat menampung kira-kira 400 orang jemaah. Bangunan asal masjid ini disumbangkan oleh orang kampung manakala kayu pula diperolehi daripada Masjid Sungai Derhaka.