MASJID NURUL IHSAN

TAMAN SERI CHERAS,43200 CHERAS SELANGOR
SELANGOR
1008037
04/05/2004

SEJARAH

Masjid ini dahulunya merupakan sebuah masjid kecil tidak seperti yang ada sekarang. Sewaktu cadangan pembinaannya dulu terdapat beberapa masalah seperti bantahan daripada penduduk setempat yang tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan dan menaik taraf masjid ini. Walaubagaimanapun, hasil usaha semua pihak, masjid ini berjaya juga dibina dan cadangan untuk membuat taman permainan di kawasan ini telah dibawa ke kawasan lain.

BINAAN

Masjid ini mempunyai sebuah kubah dan menara berwarna keemasan. Ruang solat dua tingkat dan mempunyai mihrab kayu berukir yang agak sederhana tingginya. Pada bahagian depan ruangan masjid ini dipaparkan beberapa surah dan ayat quran besertakan tulisan khat di dinding yang indah. Secara keseluruhannya ia berkonsepkan moden

KEMUDAHAN

Pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak masjid di sini bagi menarik lebih ramai masyarakat untuk memakmurkan masjid tersebut. Antaranya masjid ini mempunyai tiga bilik kuliah, satu pejabat,bilik bilal dan imam, bilik dapur, dua buah kanopi pasang siap, bilik mandi jenazah dan van jenazah.

PETA





57849


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan