MASJID AS SAADAH

KOMPLEKS PENJARA KAJANG KAJANG SELANGOR
SELANGOR
1008014
03-87364620
03-87367449
24/02/2006

SEJARAH

Masjid ini dibina pada awal 2006 dan siap pada akhir tahun 2008. Ia dibina sebagai memenuhi keperluan penghuni kawasan penjara dan penduduk setempat.

BINAAN

Dua kubah dan satu menara masjid merupakan antara ciri seni binaan masjid ini yang berkonsepkan Islamic modern.Kubahnya mempunyai tiga lapisan warna yang unik. Ia mempunyai satu aras ruang solat yang luas manakala bahagian hadapannya di litupi batu marmar yang mengandungi ayat al-Quran dengan seni khat yang tersendiri.Mimbarnya berada pada aras yang tinggi dan diperbuat daripada ukiran kayu.

KEMUDAHAN

Masjid ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti 3 unit stor,bilik pengurusan jenazah dan ruang kuliah berhawa dingin yang mampu memuatkan sehingga 40 orang. Antara kemudahan lain seperti bilik tetamu,ruang dapur,pejabat dan dewan serbaguna.

PETA





57466


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan