MASJID KOTA DAMANSARA

SEKSYAN 5
SELANGOR
1005039
0361481136
0361481134
22/11/2011

SEJARAH

Permohonan memperuntukkan kewangan pembinaan masjid ini dibuat melalui pejabat agama islam daerah petaling dan juga bahagian pengurusan masjid jabatan agama islam Selangor.pada 8 jun 2004, satu jawatankuasa sementara telah ditubuhkan bagi menggerakkan dan memohon kepada kerajaan negeri Selangor untuk membina masjid di kota damansara. Pembinaan ini dilaksanakan oleh syarqiah holding sdn bhd dan siap sepenuhnya pada 2 oktober 2008

BINAAN

Binaan masjid ini bercorakkan moden ala timor tengah. Terdapat satu menara tinggi diluar bangunan masjid dan kubah besar diatas bumbungnya, Masjid ini tegak dan cukup menarik dilihat dari jauh terutamanya warna kubah dan cat dinding berwarna kuning. Menara masjid dilengkapi dengan spotlight yang menerangi kawasan masjid.terdapat dua ruangan solat yang disediakan iaitu tingkat bawah dan atas.

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat berhawa dingin, bilik seminar,bilik kuliah, perpustakaan,pejabat,bilik iman,bilik bilal,van jenazah,dapur dan stor

PETA





58617


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan