MASJID AS-SALAM

TAMAN PUCHONG PERDANA
SELANGOR
1005027
0193567133
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini terletak di Taman Puchong Perdana, Puchong. Masjid ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Sultan Sarafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Sultan Selangor pada 17 Zulkaedah 1427 Hijri bersamaan 8 Disember 2006 Masihi.

BINAAN

Konsep Reka Bentuk Masjid ini merupakan salah satu masjid yang dibina berlatarbelakangkan taman dan tasik. Oleh itu konsep reka bentuknya disesuaikan dengan suasana sekitaran yang menarik perhatian ramai iaitu konsep reka bentuk Timur Tengah yang diadaptasikan kepada bentuk moden dan terkini. Bentuk-bentuk kubah yang dibina dilihat menyerupai kubah masjid bercirikan masjid yang terdahulu. Namun begitu reka bentuk pada bangunannya mendapat sentuhan moden dan ringkas. Menaranya pula amat sinonim dengan reka bentuk masjid di Timur Tengah dan menjadi mercu tanda kepada Masjid As-Salam. Sebahagian daripada bangunan masjid ini menganjur ke tasik sehingga ia kelihatan seolah-olah terapung di atas air. Secara umumnya masjid ini meyerupai gaya Masjid Tengku Tengah Zaharah di Terengganu, Masjid Tanjung Bunga di Pulau Pinang dan Masjid Putra, Putrajaya yang dibina berhampiran dengan sumber air seperti laut dan tasik. Masjid dua tingkat ini mempunyai beberapa anjung berbumbung yang dihiasi gerbang-gerbang berulang. Kombinasi antara warna emas pada kubah dan bangunannya pula berwarna kuning air menonjol keindahan masjid. Warna putih melatari bahagian dalam masjid ini mewujudkan suasana bersih dan memberi ketenangan kepada pengunjung semasa melakukan ibadah solat. Mimbar masjid ini dihasilkan daripada kayu berwarna gelap yang digabungkan dengan selapis batu marmar bercorak sebagai hiasan. Mihrabnya ditulis dengan zikrullah tanda memuji kebesaran Allah SWT. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti dewan solat lelaki di tingkat bawah dan dewan solat wanita di tingkat atas, tempat berwudhuk dan pejabat untuk kakitangan masjid bertugas.

KEMUDAHAN

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti dewan solat lelaki di tingkat bawah dan dewan solat wanita di tingkat atas, tempat berwudhuk dan pejabat untuk kakitangan masjid bertugas.

PETA





58612


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan