MASJID BANDAR DIRAJA KLANG

JALAN PASAR, 41400 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
SELANGOR
1002040
03-33445950
03-33445950
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini dibina atas permintaan penduduk Bandar Klang terutamanya peniaga-peniaga Pasar Jawa. Oleh itu masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Pasar Jawa. Ianya telah dibina mulai pada tahun 2007 dan berakhir pada tahun 2009. Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 11/12/2009.

BINAAN

Masjid ini dibina berasaskan senibina Timur Tengah dimana ianya mempunyai kubah yang besar dan ruangan binaan yang besar dan tinggi.Keseluruhan binaan adalah dari batu konkrit simen. Terdapat dua ruangan solat yang besar dan dipenuhi permaidani yang indah dan dipenuhi alat penyaman udara.

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang solat untuk lelaki dan perempuan,bilik pejabat dan dua dewan seminar yang kapasitinya seramai 150 orang. Pihak Masjid juga menyediakan WiFI untuk kegunaan jemaah dan kawalan keselamatan 24 jam bagi mempastikan keselamatan terjamin. .

PETA





111473


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan