MASJID AL-HUSSAIN

MASJID AL HUSSAIN, LOT 5392, PERSIARAN PUTRA TIMUR, 02000 KUALA PERLIS, PERLIS
PERLIS
0901038
01/01/1970

SEJARAH

Masjid ini dibina hasil sumbangan seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Tan Sri Mohd Ariffin Yusuf.Masjid Al Hussain,Kuala Perlis ini mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM 12 juta.Menariknya masjid ini telah diilhamkan Raja Muda Perlis iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.Abang kepada Tan Sri Mohd Ariffin,Datuk Dr Mohd Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 di Australia sebelum sempat beliau menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid.Oleh kerana itulah selepas siap dibina,masjid ini dinamakan sempena nama abangnya.

BINAAN

1. Faktor persekitaran berlatar belakangkan pantai dan lautan. 2. Dinding masjid tidak dicat sebaliknya sekadar menggunakan batu-batuan jenis koral,kuartz,granit,marmar dan pebbles. 3. Kubahnya yang berwarna keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis.Kubah tersebut diperbuat daripada dua lapisan aluminium dan diselaputi dengan lapisan polyvinyl double fluoride ( PVDF ) yang diimport dari Jepun. 4. Memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon atau segi enam pertama di dunia. 5. Sebelum sampai ke ruang dalam masjid,para jemaah akan melintasi sebuah jambatan sepanjang 50 meter yang menghubungkan daratan dan bangunan masjid. 6. Reka bentuk dalaman kubah masjid dihiasi dengan beraneka corak bunga-bungaan dan geometri berwarna biru emas dalam ukiran Ganch daripada seni Islam Uzbekistan.Puncak dalaman kubah membulat diukir kalimah Allah sementara bahagian bawahnya bercorak bintang lima penjuru yang melambangkan lima Rukun Islam yang ditulis dalam lima bahasa iaitu Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa Arab,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

KEMUDAHAN

1. Kemudahan penghawa dingin. 2. Sebuah wakaf didirikan di dataran masjid yang menghadap ke laut.

PETA





57847


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan