MSJ. AR-RUSYDIAH KG. JELUTONG

MASJID AR RUSYDIAH KAMPUNG JELUTONG, JALAN KUALA KANGSAR,34850 CHANGKAT JERING, TAIPING, PERAK.
PERAK
0822171
019-5591005
16/05/2012

SEJARAH

Masjid lama telah dibina pada tahun 1931 oleh ahli kariah secara bergotong royong. Pengasas projek ialah Tuan Haji Rusdi, sebab itu masjid dinamakan sebagai Masjid Ar Rusydiah Kampung Jelutong Bangunan daripada kayu dan berlantaikan simen. Oleh kerana sudah berusia hampir 82 tahun, banyak bahagian telah reput dan dimakan anai-anai dan mengalami masalah ruang solat yang tidak mencukupi maka atas usaha dan bimbingan Dato’ Sirajuddin bin Haji Salleh seorang anak watan kampung, telah memohon peruntukkan sebanyak RM2.3 juta daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) ketika itu, dan telah diluluskan. Bangunan baru telah mula dibina pada 16 Mei 2012 dan telah siap dan mula digunakan pada 14 Julai 2013. Struktur binaan berbentuk sebuah bangunan moden kompleks memanjang ke utara. Kubah berwarna perak setinggi 120 kaki diatas satu menara berasingan dari bangunan masjid. Ruang solat serta ruang limpah dapat menampung 700 jemaah dalam satu masa hadapan mihrab ayat khat bercirikan senibina timur tengah. Serta kemudahan asas yang lain seperti bilik mesyuarat,pejabat masjid,bilik pegawai masjid tempat wudhu’, tandas dan sebagainya.

BINAAN

KEMUDAHAN

1. Dewan Solat 2. Dewan Makan 3.Tandas dan Tempat Wuduk Lelaki 4. Tandas dan Tempat Wuduk Wanita 5. Pejabat Masjid 6. Perkhidmatan Air Coway 7. Bilik Imam dan Bilik Azan 8. Ruang Rehat Musafir

PETA





58694


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan