MASJID TELEKOM

JALAN LUMBA KUDA, 34072. TAIPING. PERAK
PERAK
0822166
0134230049
13/07/1982

SEJARAH

Berasal dari sebuah surau yang telah siap dibina pada Tahun 1982. Ianya sebahagian dari kemudahan prasarana Kompleks Telekom Taiping dimana terdapat bangunan pejabat dan Sekolah Latihan Telekom. Bermula Tahun 1997 surau ini telah diberikan taraf Surau Diri Jumaat oleh Majlis Agama Islam Negeri Perak setelah tertubuhnya Institut Telekomunikasi & Teknologi Maklumat (ITTM) bagi kemudahan pelajar Islam untuk memunaikan solat Jumaat. Pada Tahun 2002 surau ini telah pun dinaikkan taraf kepada masjid dan dinamakan dengan Masjid Telekom Taiping. Ahli kaariah adalah terdiri dari penduduk Taman Suria dan Taman Suria Permai dan kuarters yang berhampiran . Pada hari Jumaat jemaah adalah terdiri dari anggota TM, ahli kariah dan para pelajar dari Maktab Rrndah Sains MARA (MRSM) Taiping dan Sekolah Sains Tun Azlan Shah (SERATAS) Taiping. Ciri-ciri pembinaan bumbung dan menara adalah seperti Masjid Negara Kuala Lumpur

BINAAN

KEMUDAHAN

1. Dewan Solat 2. Pejabat Masjid 3. Bilik Imam dan Bilik Azan 4. Ruang pentri dan ruang makan/minum penceramah 5. Khemah Terbuka untuk jamuan makan yang memuatkan 200 orang dalam satu masa 6. 2 unit pondok wakaf gazebo 7. 1 unit penabis air untuk kemudahan jemaah 8. 1 unit peti air berbayar 9. Tandas dan tempat wudhuk lelaki termasuk tandas khas OKU 10. Laluan Orang Kurang Upaya 11. Tandas dan tempat wudhuk perempuan 12. 2 unit info TV 13. Kemudahan wifi 14. Screen dan LCD 15. Tempat letak kereta terbuka dan berbumbung 16. Tempat letak kereta khas (Penceramah/Imam/Jemputan)

PETA





57573


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan