MASJID MAIMUN

LORONG 3, KPG. JANA BARU. 34600 KAMUNTING, PERAK
PERAK
0822162
012-5282444
17/09/2019

SEJARAH

Sumbangan pembinaan awal masjid ini sepenuhnya dari Tn Haji Hayatudin Bin Jamil, merupakan salah seorang waris terdekat dengan Pn Hajah Maimun. Keluasan asal bangunan 549.34 M2. Struktur bangunan konkrit bertetulang dengan berkonsep melayu Bandar. Mula pembinaan 1985 dan siap pada tahun 1987. Penambahbaikan dan pembinaan tambahan dengan peruntukan RM 2 juta dari Kerajaan Pusat mulai 2018 hingga 2020 dengan tiada perubahan pada struktur dan bentuk asal masjid sedia ada, Cuma dengan meroboh pada struktur yang tidak seragam yang bersesuaian dan dibina semula dengan bentuk lebih baik dan menarik. Perubahan tempat solat Jumaat dipindahkan sementara ke Pondok At Tazkiah mula 9 Mac 2018 bersamaan 21 J/akhir 1439 dengan kebenaran khas dari Majlis Agama Islam Negeri Perak dengan Ruj: MNPk A351.IST/01/5 Jld 5 (68) dan dikawalselia pengawasannya olej JKR Larut Matang, Taiping. Pembinaan siap pada 17 September 2019. Pengisytiharan semula solat Jumaat Masjid Maimun ini pada 7 Februari 2020 bersamaan 13 J/Akhir 1441.

BINAAN

Dilakukan pada awal 80 an dengan anggaran RM 800,000.00. Sumbangan sepenuhnya dari Tuan Hj Hayatudin bin Jamil, merupakan waris terdekat Pn Hajah Maimun. Struktur bangunan konkrit bertetulang dengan berkonsep melayu Bandar. Mula pembinaan 1985 dan siap pada tahun 1987.

KEMUDAHAN

1. Dewan solat berhawa dingin 2. Pejabat Masjid 3. Bilik Imam dan bilik azan 4. Ruang terbuka untuk majlis akad nikah, majlis jamuan dan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan 5. Tandas dan tempat wudhuk lelaki, perempuan dan tandas khas OKU 6. Info TV -4 unit 7. Kemudahan CCTV 8. Tempat letak kereta terbuka 9. Tempat letak motosikal berbumbung 10. Tempat letak kereta khas penceramah/imam/jemputan dan vip 11. Bilik pengurusan jenazah 12. Pagar kawasan dan pintu 13. Alat pemadam api

PETA





59231


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan