MASJID JAMEK TAMAN YAYASAN

MASJID JAMEK TAMAN YAYASANLOT 16076, JALAN YAYASAN 2,TAMAN YAYASAN, KAMUNTING,
PERAK
0822160
0175716937
23/04/2012

SEJARAH

1. Pada awalnya penduduk Taman Yayasan mendirikan Solat Jumaat di sekitar masjid yang berdekatan iaitu Masjid Jamek Kamunting, Masjid Maimun, Masjid Tekah, Masjid Air Putih,Masjid Ekspo dan lain-lain masjid yang berdekatan. 2. Pada peringkat awalnya iaitu pada tahun 1990, telah didirikan sebuah surau di kawasan tapak masjid sedia ada dan dibina berperingkat-peringkat serta dibina secara bergotong-royong. 3. Setelah beberapa tahun, Ahli Jawatankuasa surau memohon untuk mendirikan Solat Jumaat dan pada 16 Mei 2001 bersamaan 22 Safar 1422H, Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak kali ke-152 telah meluluskan permohonan mendirikan Solat Jumaat di Surau Taman Yayasan, Kamunting dan satu pengistiharan mendirikan Solat Jumaat diistiharkan oleh Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak atas kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak. 4. Pada 04 Mei 2011, hadir Mesyuarat Khas Projek membina masjid dan Sek Agma Rakyat Taman Yayasan di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak oleh YBHG DATO’ HASIM BIN HASAN bersama ADUN Trong YB DATO’ HJ ROSLI BIN HUSIN dan YBHG DATO’ HJ ISMAIL BIN SAFIAN Setiausaha Politik YAB MB Perak. 5. Pada 22 Sept 2011, hadir mesyuarat bersama AJK Pembinaan Masjid dengan Pengarah JKR Ipoh. Mencadangkan sebuah masjid baru Masjid Taman Kuala Kangsar untuk pembinaan Masjid di TamanYayasan. Pelan masjid tersebut dari Tanjung Gemok, Johor. AJK telah bersetuju dengan cadangan Peg JKR dan menerima Masjid Taman Kuala Kangsar. 6. Hasil daripada pertambahan penduduk dan kariah yang terlibat (Taman Yayasan, Kpg Rahmat, Kpg Kurnia Jaya, Kpg Paya Baru, Taman Mewah, dan Kpg Teratai), Ahli Jawatankuasa Surau telah bermesyuarat memohon untuk membina sebuah masjid. Pada 02 Februari 2012, AJK telah ke Ipoh untuk bertemu YB Menteri Besar Perak bagi menghantar permohonan membina sebuah masjid dan Sekolah Agama Rakyat atas sokongan dan pandangan Mantan ADUN Trong YBHG DATO’ HJ ROSLI BIN HUSSIN dan YBHG DATO; HJ ISMAILBIN SAFIAN. Maka pada 08 dan 09 Februari 2012, YB Menteri Besar Perak telah datang ke SURAU DIRI JUMAAT Taman Yayasan dan meluluskan kedua permohonan untuk membina masjid dan SAR. 7. Pada 05 Julai 2013 bersamaan 26 Syaaban 1434 H Majlis Penyerahan dan Pengistiharan Masjid Jamek Taman Yayasan diantara Kontraktor KAA Maju, JKR Taiping kepada Jabatan Agama Islam Taiping, dan pada tarikh yang sama jam 1200 satu pengistihran solat jumaat telah dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Yang Berbahagia Dr Hj Ahmad Husni bin Hj Hassan mewakili Mufti Perak.

BINAAN

- Konsep pembinaan masjid tanpa menara dan mempunyai ruang koridor untuk orang musafir. - Bangunan dibina mengikut bentuk Masjid Taman Kuala Kangsar dan sebahagian koridor dipasang kerawang berbentuk “Islamic Grill”. - Kubah dibina ditengah bumbung masjid manakala mihrab berbentuk kubah masjid. - Atap genting bertiang konkrit di sekeliling bangunan, manakala ruang solat tanpa bertiang ditengah dan boleh memenuhi para jemaah seramai 600 -800 jemaah.

KEMUDAHAN

1. Masjid Jamek Taman Yayasan ini dilengkapi dengan Penghawa Dingin sebanyak 10 buah 2. Lampu Candleliar 3. CCTV 4. Paparan Maklumat Digital 5. Jam Waktu Solat Digital 6. Lanskap 7. Pintu Gerbang 8. Karpet berkualiti dari Turkey 9. Kipas Angin Gergasi 10, Air bertapis Coway

PETA





58009


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan