MASJID JAMEK KPG. CHEH.

34850 CHANGKAT JERING, TAIPING PK
PERAK
0822159
019-5164802
14/02/1961

SEJARAH

Masjid asal di kampung Cheh dibina di atas tapak berhampiran tanah perkuburan Kg.Cheh sekitar tahun 1925. Masjid Kg.Cheh dibina secara bergotong royong di ketuai oleh seorang tukang rumah bernama Hj Ali. Pada tahun 1961, Masjid Kg.Cheh telah dipindahkan ke tapak baru. Pada asalnya tapak baru seluas 1 ekar adalah kawasan lembah yang dirombak dan dijadikan tapak masjid. Pembinaan Masjid Jamek Kg.Cheh diketuai tukang rumah bernama Hj.Abu Bakar. Binaan Masjid Jamek Kg.Cheh adalah adalah berlantaikan simen dan kerangka serba serta dinding dari kayu dan papan. Pada tahun 2014, Masjid Jamek Kg.Cheh telah dibuat pengubahsuaian.

BINAAN

Pada tahun 1961, Masjid Jamek Kg.Cheh dibina dengan binaan separuh simen dan separuh kayu. Atap, kubah dan dinding menara daripada zink sementara kerangka menara daripada besi. Ruang solat boleh memuatkan jemaah sehingga 500-600 org pada satu-satu masa. Pembinaan mimbar adalah hasil ketukangan penduduk tempatan dan dihiasi seni khat.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -ruang makan -ruang memasak -parkir -laluan orang kurang upaya -tandas orang kurang upaya -ruang bilik kuliah -rumah musafir

PETA





59101


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan