MASJID JAMEK KPG. BOYAN

LRG TMN LONG JAAFAR , F3/17, KG BOYAN 34000 TAIPING , PERAK
PERAK
0822158
012-5151569
09/09/2000

SEJARAH

Surau diri Jumaat telah di mulakan pada tahun 1985 dibangunan Madrasah Al-Taufiqiah Jalan Raja Sulong Kampung Boyan. Cetusan membangunkan Masjid di Kampung Boyan adalah disebabkan beberapa peristiwa ahli kariah yang pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid Daerah Taiping kerap kali ditimpa Kemalangan jalan raya. Antara lain seorang ahli kariah meninggal akibat kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke Masjid Daerah Taiping. Pembangunan pesat di Kampung Boyan menjadikan pertambahan penduduk lebih pantas. Taman Long Jaafar membina lebih dari 300 rumah sekitar tahun 80-an. Satu kawasan diperuntukan tapak Masjid Kampung Boyan di tengah-tengah Taman Long Jaafar. Jawatankuasa Pembinaan Masjid telah ditubuhkan untuk memungut derma. Setalah beberapa tahun dijalankan kutipan derma dari ahli kariah dan orang ramai telah berjaya mengumpukan wang berjumlah 250,000.00. Sejak itu. AJK telah merayu sumbungan dari Kerajaan Negeri dan pusat akhirnya berjaya mendapat sumbangan Kerajaan Pusat berjumlah RM 1,000,000.00. Bermula dari tarikh tersebut pembinaan dimulakan. Pembinaan Masjid Jamek Kampung Boyan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama bersama-sama Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Jamek Kg. Boyan. Pembinaan berjalan lancar hingga siap di bina pada tahun 2002. truktur seni bina masjid terdiri daripada binaan Kubah, menara, bumbung, mihrab, ruang solat dan juga seni khat. Pembinaan dimulakan dengan mengambil kira keperluan di masa hadapan, keputusan membina bangunan dua tingkat adalah dibuat memandangkan keluasan kawasan diperlukan untuk kegiatan di masa hadapan. Kawasan tanah di dalam bandar adalah terhad dan sukar untuk mendapatkan tanah di masa hadapan. Tanah bekas lombong ini ditambak sebahagiannya untuk tapak masjid. Masjid dua tingkat ini mempunyai dua kubah bahagian tengah masjid berukuran 20X20 kaki persegi dan bahagian tangga 10X10 kaki persegi dibuat daripada metal berwarna kuning keemasan. Bahagian atas masjid dipasang cermin di seluruh bangunan, manakala bahagian bawah dikosongkan untuk dewan serbaguna. Akhirnya bahagian bawah ini di pasang cermin dan dijadikan dewan solat. Sejak dibina hingga ke hari ini dewan solat tidak pernah ditambah, kerana mencukupi untuk semua ahli kariah solat fardu termasuk solat Hari Raya. Bagaimanapun, mulai tahun 2019, ruang solat di tingkat bawah telah dinaik taraf dengan dipasang penghawa dingin serta karpet baharu mulai bulan Ramadhan 1440 H / 2019 M. Mesjid Jamek Kg. Boyan adalah sebuah masjid yang memiliki ciri-ciri kemudahan untuk di tambah nilai bagi memenuhi keperluan untuk ahli Jemaah. Pemasangan Penghawa dingin tidak melibatkan kos pengubahsuaian dan pemasangan Kipas gergasi juga mudah di masjid ini. Pengcahayaan mencukupi dan memberi keselesaan. Ruang solat bahagian atas boleh memuatkan seramai 1200 orang jemaah manakala bahagian bawah seramai 1,000 ahli jemaah dan juga mengandungi bilik perpustakaan serta bilik khas wanita bersolat.

BINAAN

Pembinaan dimulakan dengan mengambil kira keperluan dimasa hadapan, keputusan membina bangunan 2 tingkat adalah dibuat memandangkan keluasan kawasan diperlukan untuk kegiatan dimasa hadapan. kawasan tanah di dalam bandar adalah terhad dan sukar untuk mendapatkan tanah dimasa hadapan. tanah bekas lombong ini ditambak sebahagiannya untuk tapak masjid. masjid 2 tingkat ini mempunyai 2 kubah bahagian tengah masjid berukuran 20x20 kaki persegi dan bahgian tangga 10x10 kaki persegi dibuat dari metal dibuat berwarna kuning keemasan. bahagian atas masjid di pasang cermin diseluruh bangunan, manakala bahagian bawah dikosongkan untuk dewan serbaguna. akjirnya bahagian bawah ini dipasang cermin dan dijadikan dewan solat. sejak dibina hingga ke hari ini dewan solat tidak pernah ditambah, kerana mencukupi untuk semua ahli kariah sembahyang fardhu termasuk solat hari raya.

KEMUDAHAN

1. Dewan Solat 2. Dewan Makan 3.Tandas dan Tempat Wuduk Lelaki 4. Tandas dan Tempat Wuduk Wanita 5. Pejabat Masjid 6. Perkhidmatan Air minuman sejuk dan panas 7. Bilik Imam dan Bilik Azan 8. Ruang Rehat Musafir 9. Perpustakaan 10. Parking kereta Tuan Guru, Tuan Imam dan OKU 11. Dewan makan 12. Dewan Riadah 13. Dewan untuk sewaan majlis kenduri kahwin

PETA





59221


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan