MASJID JAMEK KAMUNTING

34600 KAMUNTING, PERAK
PERAK
0822155
058911013
08/06/1943

SEJARAH

Masjid Jamek Kamunting didirikan sekitar tahun 40an di kawasan bekas lombong bijih timah. Berkat usaha pemimpin-pemimpin tempatan dan disokong oleh pihak British, yang menganugerahkan sebidang tanah, maka terdirilah sebuah masjid yang berdindingkan papan dengan kos pembinaannya pada masa itu sekitar RM35,000 sahaja. Tahun berganti tahun maka banyak perubahan telah berlaku terutamanya struktur bangunannya daripada bangunan kayu berandur-ansur menjadi bangunan batu sepenuhnya. sehingga hari ini sudah empat kali bangunan ini berubah sehingga menjadi bangunan yang sedia ada sekarang. sekarang antara pengerusi-pengerusi yang dikhabarkan kepada penulis adalah seperti berikut : 1-Tn Haji Jaafar b Uduh 2-Tn Haji Mohammad b Nor 3-Tn Haji Hasan b Basri 4-Tn Haji Shamsuddin b Hj Salleh 5-Tn Haji Hassan b Ali

BINAAN

Masjid Jamek Kamunting bercirikan seni bina biasa sebagai sebuah masjid di Malaysia. Struktur binaannya adalah daripada batu-bata simen seperti kebanyakan bangunan-bangunan disekeliling masjid. Bangunan baru yang dibina 15 tahun yang lalu mempunyai kubah berbentuk dome berwarna biru. Terdapat 2 menara yang mempunyai ketinggian melebihi bangunan-bangunan sekitar. Bumbung masjid bangunan baru berbentuk piramid empat penjuru yang atapnya daripada matelik. Pada awal tahun 2013, YAB Menteri Besar Perak telah meluluskan satu peruntukan sebanyak RM300,000 bagi meletakkan ciri-ciri binaan Islam di bahagian mihrab masjid yang berharga kira-kira RM100,000. Bahagian pintu masuk utama pula dibina anjung berbentuk moden dengan peruntukan RM100,000 juga ruang solat mempunyai 41 saf dan setiap saf boleh memuatkan antara 60 hingga 65 orang jemaah. Sedikit seni khat hanya terdapat di bahagian mihrab yang baru dibina. Akhirnya dapatlah dirumuskan bahawa keseluruhan struktur bangunan Masjid Jamek Kamunting adalah berbentuk biasa. Bentuk tingkap yang berframe berbentuk kubah serta dua menara yang tersergam indah melambangkan bangunan ini adalah sebuah masjid.

KEMUDAHAN

-tempat wudhu -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -ruang makan -ruang memasak -parking -kedai perniagaan -tandas awam -kerusi orang kurang upaya -ruang bilik kuliah -bazigo -kawasan riadah

PETA





59102


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan