MASJID JAMEK BUKIT JANA

JALAN BUKIT,KAMPUNG TERSUSUN BUKIT JANA KAMUNTING
PERAK
0822152
013-5211222
11/02/1992

SEJARAH

Pada peringkat awalnya adalah sebuah surau yang didirikan dengan perbelanjaan RM90,000 dibiayai melalui projek plb pada tahun 1992. Memandangkan keadaan semasa keperluan untuk mendirikan jumaat diperlukan. permohonan dikemuka ke pihak maipk untuk dijadikan sebagai surau mendirikan jumaat. Setelah beberapa kajian dibuat oleh pihak maipk dan pihak maipk bersetuju untuk dijadikan terus sebagai masjid berdasarkan keperluan dan prasarana yang sedia ada. Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Pada 7 Zulhijjah 1433H bersamaan 23.10.2017 telah bersetuju meluluskan permohanan tersebut. Pada 17 Jamadilawal 1434h bersamaan 29.03.2013 telah diisytiharkan solat jumaat pertama diadakan di Masjid Nurul Jannah Kg.Tersusun Bukit Jana oleh Tn Haji Zamri b Hashim Timb. Mufti Negeri Perak mewakili Tan Sri Dato Seri Mufti. Selepas itu pihak AJK masjid meluluskan pertukaran nama masjid kepada Masjid Jamek Bukit Jana dan telah pun memaklumkan kepada pihak MAIPk. Pada 4 Januari 2018 satu mesyuarat Pra pembinaan telah diadakan di JKR Larut Matang Selama. Dua minggu selepas mesyuarat Pra Pembinaan diadakan, kerja-kerja menaik taraf telah dimulakan dan pembinaan mengambil masa selama 18 bulan. Pada 5 Julai 2019 (Jumaat) jam 10.00 pagi satu majlis penyerahan bangunan telah diadakan di Masjid Jamek Bukit Jana diantara JKR dengan masjid. Pengisytiharan semula mendirikan Jumaat telah diadakan pada 12 Julai 2019 oleh Ahli Majlis Fatwa Agama Islam Perak Prof Dr Jamil Hashim.

BINAAN

binaannya adalah binaan biasa sahaja tanpa ada kubah, menara dan sebagainya.

KEMUDAHAN

1. tandas lelaki/wanita/OKU 2. laluan OKU 3. kolah tempat mengambil wuduk 4. ruang persalinan muslimah 5. dewan serbaguna (dewan kuliah/mesyuarat) 6. dewan makan terbuka 7. bilik pengurusan jenazah (dalam perancangan) 8. bilik stor

PETA





58137


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan