MASJID AL-RAHMANIAH TRONG,

JALAN BESAR PEKAN TRONG, 34800 TRONG, PERAK.
PERAK
0822148
019-5649474
11/02/1918

SEJARAH

Pemilik asal masjid ialah Alang Ngah Ibrahim Adam atau dikenali sebagai Alang Tolek/Kolek. Ia dibina pada tahun 1918 dan usianya menjangkau 87 tahun. Sebahagian besar kos pembinaan masjid dibiayai oleh Alang Tolek, iaitu 25000.00. Pembinaan masjid ini mendapat sumbangan dari orang ramai dan Sultan Perak iaitu Sultan Iskandar. Pembinaan dijalankan secara bergotong-royong bersama penduduk kampung. Gaya rupa masjid mempunyai pengaruh kolonial Inggeris dan ornamentasnya seakan-akan dipengaruhi Hindu. Bangunan asal terdiri daripada ruang solat, menara tingkat tiga dan sebuah kolah untuk berwudhuk. Pada tahun 1958, bahagian bumbung diperbaiki dan diubahsuai kerana keadaannya hampir runtuh. Kolah yang sedia ada tidak lagi digunakan apabila terdapat kemudahan bekalan air paip. Bahagian kolah dan tangga ditambak dan disimen. Bahagian kolah yang ditambak kini diguanakan sebagai balai lintang. Tandas juga dibina bersesuaian dengan keperluan semasa. Pada tahun 1981, bahagian belakang masjid ditambah bagi menyediakan ruang solat untuk jemaah wanita. Susur tangan di ruang serambi (kaki lima) ditinggikan hingga ke aras bumbung. Bahagian hadapan ruang solat dan bilik disebelahnya diubahsuai untuk dijadikan ruang mihrab. Ruang kiri bilik dijadikan stor. Bumbung menara diganti dengan gentian buatan Britain. Tiga pintu dibahagian menara telah ditutup kerana tidak lagi digunakan.

BINAAN

Bahagian bumbungnya tidak menggunakan kubah sebaliknya menggunakan bumbung cerun yang menonjolkan senibina nusantara. Pada bahagian ibu masjid bumbung dua lapis digunakan. Ruang menara 3 tingkat mempunyai ketinggian 12044mm dengan ketinggian 4000mm pada setiap tingkat. Ruang masjid adalah satu tingkat mempunyai ketinggian 12500mm. Susunan tingkap pada bahagian atas ruang solat berada pada kiri dan kanan. Tingkap ini adalah dari jenis tingkap ram kaca untuk memudahkan pengudaraan dan pencahayaan. Di kiri, kanan dan belakang ruang solat terdapat bukaan pintu yang sama dengan bentuknya di amna setiap pintu tersebut diselangkan dengan satu tiang Roman. Ukiran yang digunakan tidaklah terlalu sarat. Ruang solat adalah berbentuk segiempat sama ukuran 10610mm x 10610mm. Ruang ambil wudhuk pula berukuran 713mm x 5275 mm dan ruang menara bersaiz 1.795m2. Tiada sebarang ukiran pada dinding masjid tetapi corak berbentuk geometri dan motif figuratif digunakan pada bahagian kota masjid itu. Sistem perletakan tiang yang digunakan ialah sistem grid yang berukuran 3750 mm pada setiap grid. Bahan yang digunakan terdiri daripada kayu cengal untuk menbuat alang-alang, batu-batu yang dilepa untuk membuat tiang dan batu-bata merah berukuran 8x4x2 yang seakan-akan bata merah di Kota Ngah Ibrahim. Bagi meninggikan lantai, batang pokok kelapa disusun, dikambus tanah dan dilepa dengan simen merah. Genting bumbung dihasilkan daripada tanah liat teatpi kini digantikan dengan asbestos. Kayu pemanis bumbung diperbuat daripada kayu cengal dan diukir oleh tukang tempatan.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -mesin atm -kedai pernigaan -laluan orang kurang upaya -tandas orang kurang upaya -kerusi orang kurang upaya -ruang bilik kuliah -rumah musafir -pondok rehat

PETA





58657


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan