MASJID AL-A'LA

KAMPUNG TITI KASAI, 34500 BATU KURAU, PERAK
PERAK
0822146
012-5037357
18/06/1964

SEJARAH

Dalam tahun awal 60an, masyarakat kampung mula membuat kutipan dan sumbangan daripada orang ramai untuk membina sebuah masjid baru menggantikan sebuah masjid kayu yang dina secara gotong royong sejak tahaun 1900an. Jumlah hasil terkumpul kutipan sumbangan orang ramai adalah sebanyak RM12,000. Pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Pejabat Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama telah meluluskan sebanyak RM25,000. Dengan peruntukan berjumlah RM37,000, kerja pembinaan dimulakan pada tahun 1963 dan siap setahun selepas itu. Kapasiti masjid ini pada asalnya boleh memuatkan jemaah lebih kurang seramai 200 orang.

BINAAN

Ciri-ciri senibina masjid mempunyai sebuah kubah, menara untuk meletakkan 4 unit corong pembesar suara, binaan batu konkrit, lantai jubin dan berbumbung asbestos. Pembinaan masjid ini masih bercirikan ketimuran dan menampilkan konsep sebagai rumah ibadah untuk penganut agama Islam. Masjid ini mengalami beberapa kali perubahan penambaikan ruangan solat untuk menampung jumlah jemaah semakin ramai dengan menggunakan peruntukan tabung masjid dan juga sumbangan daripada pihak dermawan. Mulai tahun 2012 hingga 2015, ruang masjid, tandas, pagar masjid al-a'la telah diubahsuai dengan kos sebanyak RM70,000 hasil sumbangan orang ramai memandngkan jumlah ahli kariah telah bertambah terutama ketika solat hari raya aidilfitri. Masjid ini juga telah mendapat sumbangan daripada seorang penderma yang telah menanggung segala kos untk mengecat semula keseluruhan bangunan masjid ini. Disamping itu juga, masjid ini telah mendapatkan mimbar baru dan bekalan karpet untuk ruangan solat hasil sumbangan orang ramai dan dermawan anak tempatan. Masjid kini boleh menampung kapasiti jemaah seramai lebih kurang 500 orang. Bagi keselesaan para jemaah, masjid ini dilengkapi dengan penghawa dingin yang juga disumbangkan oleh para jemaah dan orang ramai.

KEMUDAHAN

PETA





59095


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan