MASJID AL- KHAIRIAH BATU 14

KAMPUNG BATU 14, 34500 BATU KURAU, PERAK
PERAK
0822144
013-5102356
01/01/1960

SEJARAH

Masjid al-Khairiah Batu 14, Batu Kurau ini mula dibuka pada tahun 1825 oleh orang kampung yang menganuti ajaran islam pada masa itu secara bergotong royong dengan hanya menngunakan kayu hutan dan berbumbungkan atap rumbia. Penduduk telah bersepakat untuk mengumpul derma dalam bentuk apa juga pada masa itu seperti wang ringgit, emas dan sebagainya. Tanah tapak masjid ini telah didermakan oleh seorang penduduk tempatan yang amat bermurah hati (Tok Tupat) dengan keluasan 1 ekar 20 rod, 20 poce, turut juga dibangunkan sekolah agama rakyat di atas tanah wakaf (Tok Tupat ) ini. Pada tahun 1960, Kerajaan Negeri Perak dan sumbangan orang ramai masa itu membina baru Masjid al-Khairiah Batu 14, Batu Kurau dengan hasil sumbangan dan peruntukan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM40,000. Pada masa itu, nasjid boleh menanggung kepadatan jemaah seramai 200 orang. Pada tahun 1966, Masjid al-Khairiah ini sekali lagi dibaik pulih dengan kos sebanyak RM150,000 hasil sumbangan orang ramai dan Jabatan Agama Islam Perak yang boleh memuatkan seramai 600 jemaah dalam 1 waktu.

BINAAN

berkonsepkan moden mengikut peredaran semasa tanpa meninggalkan ciri-ciri ketimuran dan gaya islam

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -ruang makan -ruang memasak -parkir

PETA





58694


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan