MASJID AL KHUSUSIAH

KPG. PDG. BESAR 34850 C/JERING, TPG , PK
PERAK
0822143
012-5910155(Pen
12/10/1927

SEJARAH

Masjid Al-Khususiah telah dibina di atas tanah yang telah digezetkan oleh pihak kerajaan pada masa lalu. Dua tempat yang telah digezetkan adalah di Kampung Padang besar (didirikan masjid) dan di Kampung Jaha yang dijadikan sebagai tanah perkuburan bagi anak-anak qariah. Masjid Al-Khususiah telah mula dibina pada awal tanggal 8 Mac 1927. Pembinaan masjid ini memakan masa selama 3 bulan dan siap pada tahun yang sama pada bulan Jun 1927. Masjid ini dengan secara rasminya telah dirasmikan pada tanggal 12 Oktober 1927. Pada awal pembinaan masjid ini, struktur binaan masjid adalah daripada kayu sepenuhnya yang mempunyai struktur badan masjid dan sebuah menara. Masjid Al-Khususiah telah mengalami beberapa siri pemulihan dan penambahbaikkan pada struktur binaan masjid. Pada awal pembinaan, kapasiti masjid hanya boleh menampung seramai lebih kurang 100 orang jemaah sahaja. Pada tahun 1973, masjid telah mengalami penambahbaikkan dengan dinaik taraf untuk kali yang pertama tapi malangnya akibat keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, proses menaik taraf telah terbantut dan terbelengkalai. Tetapi, proses menaik taraf ini disambung pada tahun berikutnya. Semasa proses menaik taraf ini, semua jemaah beralih ke surau Kg Perak bagi menunaikan solat Jumaat berjemaah.

BINAAN

KEMUDAHAN

1. Tempat ambil wuduk 2. Tandas 3. Ruang solat 4. Parking kereta

PETA





59263


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan