MASJID JAMEK BUKIT PEKAN

KG. BUKIT PEKAN, 31910 KAMPAR, PERAK.
PERAK
0817048
0194002917
17/07/2000

SEJARAH

Surau/Masjid Sejarah Pembinaan 1935 – Pembinaan sebuah surau untuk ahli kariah bermula dan berterusan diimarahkan sehingga 1954 1955 - Sebuah masjid baru didirikan diatas tapak yang diwartakan sebagai tapak masjid. Dibina khusus oleh kerajaan selepas penempatan baru diwujudkan untuk bekas pasukan keselamatan (SC) yang berpindah dari seluruh negeri Perak. Masjid ini dibina dengan menggunakan peralatan dari kayu/papan dan zing (separuh papan/separuh batu). 1970 – Pertambahan jemaah menyebabkan masjid ini dinaiktaraf melalui Peruntukan dari PLB. 1995 – Cadangan untuk membina sebuah masjid baru dibuat oleh Jawatankuasa Kariah serta kepimpinan setempat. Sebuah tabung pembinaan diwujudkan dengan perolehan seperti berikut : Sumbangan serta kutipan dari ahli kariah = RM100,000.00 Lain-lain sumbangan (Koperat/NGO) = RM70,000.00 Peruntukan dari kerajaan (PLB) = RM400,00.00 Jumlah = RM570,000.00 1998 – Kerja-kerja meroboh masjid lama dilakukan, pihak JKR telah mengeluarkan tender 1999 – Kerja pembinaan bermula 17 Julai 2000 – Pembinaan siap sepenuhnya, JKR menyerahkan kepada Jawatankuasa kariah untuk kebenaran menggunakannya

BINAAN

-SENIBINA MODEN -ADA KUBAH, MENARA, MIHRAB, RUANG SOLAT DAN TANDAS AWAM LELAKI DAN PEREMPUAN

KEMUDAHAN

1. Wakaf(Astaka) tempat ceramah luar masjid 2. Bilik mesyuarat/kuliah muslimat 3. Bilik Imam & Bilal 4. Penghawa dingin di ruang solat

PETA





57273


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan