MASJID JAMEK BARU GOPENG

MASJID JAMEK BARU GOPENG, 31600 GOPENG.
PERAK
0817047
0125211417
21/05/1996

SEJARAH

Bangunan masjid mula dibina pada tahun 1996 yang diselia oleh pihak JKR Perak. Terletak di tepi jalanraya utama Ipoh-Kampar menggantikan masjid lama yang sudah uzur dan tak mampu menampung bilangan Jemaah yang semakin ramai ketika Solat Jumaat dan Solat Hari Raya. Proses pembinaan tergendala pada tahun 1997 akibat krisis kewangan negara namun pembinaan disambung semula pada tahun 1999. Antara tokoh yang terbabit dalam pembinaan masjid ini ialah Tn Hj Ibrahim, Hj Mat Zin, Hj Jaafar dan lain-lain. Keunikan masjid ini ialah tidak memiliki menara seperti masjid-masjid lain. Kos pembinaan kira-kira RM1.2 juta yang merangkumi sumbangan kerajaan persekutuan berjumlah RM800,000 dan RM400,000 adalah sumbangan dari sektor swasta, orang perseorangan dan juga kutipan derma. Sekarang masjid ini semakin imarah dengan bertambah bilangan jemaah yang datang solat, penambahbaikan prasarana dan pelbagai aktiviti seperti kuliah dhuha, kuliah maghrib, kuliah subuh, forum perdana, tadabbur Al-Quran, khatam Al-Quran, ibadah qurban, menganjurkan derma yang berterusan kepada golongan asnaf dan tidak ketinggalan aktiviti gotong royong.

BINAAN

DIBINA MENGGUNAKAN SIMEN DAN KONKRIT UNTUK LANTAI DAN DIPASANG MARMAR, DINDING BATU BATA BERPLASTER, PINTU-PINTU SERTA TINGKAP BERCERMIN.BUMBUNG GENTING LENGKAP DENGAN DUA BUAH KUBAH SERTA SEBUAH MENARA

KEMUDAHAN

-TEMPAT WUDHU -TELEKUNG -SEJADAH -RUANG MAKAN -RUANG MEMASAK -PARKIR -KEDAI PERNIAGAAN -TANDAS AWAM -PONDOK REHAT -KAWASAN RIADAH

PETA





57270


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan