MASJID AL MUKMIN KAMPUNG BATU 3 JALAN PAHANG

KAMPUNG BATU 3, JALAN PAHANG 35000 TAPAH
PERAK
0816055
0124117167
12/07/2004

SEJARAH

Pembinaan Masjid Al-Mukmin telah bermula pada awal tahun 2004 di atas tanah lot no.10529 dengan keluasan tanah 3.25 ekar mukim jalan Pahang Tapah. Sebelum ini penduduk kampung Batu 3 dan kampung sekitar telah bersembahyang di surau Diri Jumaat Kampung Batu 3 Jalan Pahang. Surau tersebut telah dinaik taraf sebagai Surau Diri Jumaat (SDJ). Jemaah telah bertambah dengan adanya rejimen askar melayu diraja menyebabkan SDJ tersebut tidak mampu menampung jemaah yang ada terutama pada hari Jumaat. Perancangan awal bagi momohon untuk mendapatkan sebuah masjid baru bermula pada tahun 2000 lagi. Pelbagai usaha telah dibuat untuk mendapatkan tapak yang sesuai. Akhirnya sebidang tanah dapat dibeli daripada orang perseorangan dengan jumlah RM230,000.00. Hasil usaha Tn. Hj. Abdul Malek Bin Dahala sebagai pengerusi dan dibantu oleh jawatankuasa yang ada untuk mendapatkan sebuah masjid baru telah pun terlaksana dengan peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM1.2 Juta. Masjid al-Mukmin telah mendapat surat pertauliahan bagi penggunan pada 15 Disember 2006 dari Jabatan Agama Islam Perak.

BINAAN

Ciri senibina biasa sahaja dan pada amnya masjid ini juga mempunyai kubah. Masjid yang mirip atap dan bimbung sahaja. Ruang solat yang luas dan terdapat bahagian tingkat atas (2) berdepan dengan bahagian mimbar masjid. Masjid ini ada mempunyai menara dengan mihrab yang kekal simen konkrit dengan ketinggian 7 kaki.

KEMUDAHAN

1. BALAI LINTANG 2. GARAJ KENDERAAN 3. PONDOK WAKAF 4. BILIK WUDUK 5. TANDAS 6. DATARAN TEMPAT LETAK KERETA

PETA





58662


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan