MASJID NURUL HAMIDIAH,

PEKAN TANJUNG TUALANG, 31800 TANJUNG TUALANG PERAK
PERAK
0815075
0122515046
02/09/1963

SEJARAH

Memandangkan pertambahan penduduk disekitar Tanjung Tualang disebabkan perusahaan lombong bijih timah ramai antara pendatang ingin mencari rezeki menjadi kelasi kapal bijih. Memandangkan masjid yang ada mempunyai kapasiti yang kecil dengan itu sebuah masjid baru perlu diusahakan penubuhannya. Tetapi masalah tapak menjadi satu kekangan, satu kawasan telah dikenal pasti (bekas tapak lombong yang diguna pakai tempat sarkas). Menjadi tanggungjawab masyarakat setempat menjalankan daya usaha memungut sumbangan derma sumbangan kepada orang ramai dan setiap organisasi yang difikirkan perlu. Satu pertengkaran kecil telah berlaku dikalangan orang tempatan yang berpengaruh tetapi dapat diselesaikan hasil campur tangan pegawai daerah dan Pegawai Tadbir Agama Daerah Batu Gajah. Penetapan arah kiblat telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Pegawai dari Jabatan Mufti Perak. Pegawai daerah dan Pegawai Tadbir Agama Daerah telah menegur kerana terlalu ramai dalam penubuhan jawatankuasa pelaksana setelah diberi penerangan oleh Dato' Tajudin Ali maka masalah itu selesai dan berpuas hati. Masjid Nurul Hamidiah (lama) terletak bersebelahan dengan Balai Polis Tg.Tualang yang terbuat dari kayu dan berlantaikan simen. Kini menjadi Pusat Tahfiz Darul Ulum Abu Qais - Majid Nurul Hamidiah (baru) terletak berhampiran dengan jalan besar Tanjung Tualang dengan desain melayu yang mempunyai besar dome dan satu menara.

BINAAN

kubah- mengikut senibina islamik dengan ciri-ciri lambang bulan sabit di atas menara kubah berwarna kuning keemasan. menara - menara setinggi lima puluh meter berpaksikan syiar islamik dengan kubah diatasnya, dan lambang bulan sabit di atas kubah berwarna kuning keemasan. bumbung - mengandungi empat jalur rabung bagi menempatkan kubah di atasnya, setiap jalur sepanjang 15 meter. mihrab - ketinggian kira-kira 10 meter, 5" persegi lebar didirikan kekal menggunakan simen dan batu marmar. ruang solat - boleh menempatkan seramai lebih kurang 500 jemaah dalam solat fardhu jumaat. ruang sebelah luar boleh menempatkan kira-kira 100 jamaah teruatam ketika solat idul fitri dn solat idul adha. solat fardhu yang lima menempatkan lebih kurang 40 jemaah. seni khat - senikhat digunakan pada ayat-ayat ialah khat thulus dan khat nasakh yang biasa digunakan bagi memudahkan generasi muda memahaminya. senibina keseluruhan - senibina keseluruhan berpandukan kepada nilai-nilai islam bagi mengambarkan keagungan syiar islam di negeri perak darul ridzuan.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -ruang memasak -ruang makan -parkir -tandas awam -ruang musafir -pondok rehat -kawasan riadah -penghawa dingin

PETA





57270


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan