MASJID IMANIAH,

JLN BEMBAN, BT GAJAH
PERAK
0815074
0197274611
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Imaniah, Jalan Bemban, Batu Gajah asalnya sebuah surau kecil yang dibina dalam tahun 1983 dari peruntukan PLB dan kutipan dari orang ramai yang diberi nama Surau Imaniah. Surau ini dibina bagi keperluan dan kemudahan umat islam yang tinggal di dua rancangan perumahan ketika itu, iaitu rancangan perumahan awam dan perkampungan tersusun Taman Anggerik. Pada masa itu, masjid yang berhampiran ialah Masjid Jamek Batu Gajah dan Masjid Siputeh yang jarak nya lebih kurang 3 kilometer dari sini. Dari semasa ke semasa, beberapa rancangan perumahan wujud disekitar dari bilangan jemaah bertambah, surau ini telah diubahsuai beberapa kali untuk keperluan jemaah. pada tahun 1990, surau ini telah diberi kelulusan untuk mendirikan sembahyang jumaat dan pada tahun 2006 telah dinaiktaraf masjid dengan diberi nama Masjid Imaniah, Jalan Bemban, Batu Gajah.

BINAAN

Masjid ini asalnya sebuah surau yang diubahsuai beberapa kali untuk keperluan dan kemudahan ibadah jemaah disini, maka dari segi fizikalnya tidak menggambarkan sebuah masjid, ia lebih merupakan rumah kampung. Walaubagaimanapun ia ada mihrab, ruang solat tingkat atas dan bawah, saf sembahyang yang baik, kolah, tempat wuduk wanita, tandas lelaki, tandas wanita, bilik air lelaki, bilik air wanita, bilik mesyuarat, tempat masak dan stor. masjid ini akan diroboh untuk pembinaan masjid baru pada tahun 2015

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -ruang memasak -parkir -tandas awam -ruang bilik kuliah

PETA





57116


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan