MASJID AL-KHAIRIAH

KAMPUNG SG TERAP BT GAJAH.
PERAK
0815072
0135212134
20/03/1936

SEJARAH

SEJARAH (Sejarah pembinaan masjid/peristiwa penting semasa pembinaan masjid) Surau Kampung Sungai Terap yang telah didirikan sebelum tahun 1936 tidak lagi dapat menampung Jemaah di sekitar mukim ini yang telah bertambah penduduknya. Cetusan membangunkan Masjid di Kampung Sungai Terap ini adalah disebabkan beberapa peristiwa dimana ahli kariah yang terpaksa pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid Daerah Batu Gajah. Pembangunan pesat di sekitar kampung ini menjadikan pertambahan penduduk lebih pantas. Jawatankuasa Pembinaan Masjid telah ditubuhkan untuk memungut derma. Setelah beberapa tahun di jalankan kutipan derma dari ahli kariah dan orang ramai telah berjaya mengumpukan sejumlah wang, Bermula dari situ AJK telah merayu sumbungan dari Kerajaan Negeri dan pusat akhirnya berjaya mendapat sumbangan Kerajaan Negeri anggaran RM300,00 tambahan RM200,000 berjumlah semuanya RM500,000. Bermula dari tarikh tersebut pembinaan di mulakan dan ubah suai terakhir pada tahun 2005. Pembinaan Majid Sungai Terap di laksanakan oleh penduduk setempat dengan kerjasama dari Pejabat Daerah Batu Gajah (PLB) bersama-sama Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid. Masjid Al-Khairiah letaknya di tengah Kampung Sungai Terap, berhampiran dengan jalan keretapi Tanah Melayu (KTM). Dibina di atas tanah wakaf dan sebahagiannya di wakafkan untuk tanah perkuburan orang-orang Islam. Keluasan masjid pada ketika itu cuma seluas 20 kaki x 20 kaki sahaja, berhampiran dengan sebuah Madrasah yang mana dijadikan tempat aktiviti penduduk setempat. Ubah suai terakhir dibuat pada tahun 2005 dapat menampung lebih 800 Jemaah.

BINAAN

Ciri-ciri binaan/struktur binaan masjid mempunyai satu kubah, satu menara, berbumbung atap genting, satu mihrab, ruang solat, ada ciri-ciri seni khat, dan senibina keseluruhannya berbentuk masjid tradisi lama orang Melayu. Struktur masjid keseluruhannya batu bata, simen, mozek dan kayu.

KEMUDAHAN

Tempat wudhu lelaki & perempuan, telekung, sejadah, bilik mesyuarat, bilik pegawai masjid, pejabat masjid, ruang makan, ruang memasak, parking kereta & motorsikal, tandas lelaki & perempuan, kawasan riadah.

PETA





57091


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan