MASJID AL FALAHIAH

KAMPUNG CHANGKAT TIN,TANJUNG TUALANG
PERAK
0815071
0165021308
05-3600421
25/03/1964

SEJARAH

Pada asalnya ialah sebuah surau. Selepas itu, penduduk kampung bersepakat untuk mendirikan sebuah masjid. Hasil daripada derma orang ramai dan bantuan dari Pejabat Agama Islam Perak, maka masjid dapat didirikan dengan kos RM60.000 dan diberi nama Masjid AL-Falahiah. Masjid ini dibina berdasarkan beberapa faktor yang penting untuk pembinaannya iaitu: 1. Bagi menggantikan Surau Diri Jumaat yang telah lama digunakan sejak kelahiran Kampung Changkat Petaling, Changkat Tin sekitar tahun 1940an dengan menggunakan tanah wakaf penduduk tempatan dengan hanya mampu menampung lebih kurang 60 orang jemaah sahaja. 2. Dengan penambahan jumlah penduduk di Kampung Changkat Tin dan kampung-kampung berdekatan, ia tidak dapat menampung keseluruhan Jemaah khususnya untuk mendirikan Solat Jumaat. 3. Di atas pemuafakatan dan inisiatif AJK Surau dan penduduk kampung, maka telah bersetuju untuk membina masjid yang baru ditapak tanah milik asal Jabatan Perhutanan yang diwakafkan untuk membina masjid ini dan dinamakan Masjid Al-Falahiah, Kampung Changkat Tin.

BINAAN

Ciri-ciri arsitektur / struktur pembinaan mengikut masjid binaan kubah, menara, bumbung, mihrab, solat ruang, seni khat, senibina keseluruhan. Masjid ini dibina hasil daripada perkumpulan pemikiran penduduk setempat dan bangunannya menggambarkan ciri keislaman arsitektur seperti Kubah , Menara, Mihrab dan sebagainya. Masjid ini dibina dengan menggunakan bahan-bahan campuran Kayu / papan, Simen, Batu bata dan Atap Genting. Masjid asal ini boleh menampung seramai 250. Pada tahun 1980 Masjid ini sekali lagi diperbuat dan diperbuat strukturnya memandangkan peningkatan jumlah penduduk dan kini masjid ini boleh menampung seramai 400 orang jemaah.

KEMUDAHAN

Tempat wudhu lelaki & perempuan, telekung, sejadah, bilik mesyuarat, bilik pegawai masjid, pejabat masjid, ruang makan, ruang memasak, ruang parking, laluan orang kurang upaya, tandas lelaki dan perempuan, kerusi orang kurang upaya, pondok rehat 4 unit, camera litar tertutup.

PETA





57091


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan