MASJID AL HIDAYAH

BANDAR BEHRANG 2020, 35950 BEHRANG ,PERAK
PERAK
0813040
0192203843
31/08/2000

SEJARAH

-Masjid ini bermula pembinaannya apabila bandar Behrang 2020 mula diduduki oleh penduduk/penghuni yang tinggal di kawasan perumahan dan juga kedai-kedai di sekitar bandar Behrang 2020. Pada akhir tahun 2002, masjid ini telah mula beroperasi dan dijadikan tempat beribadah serta akitiviti kebajikan masyarakat. Di peringkat awal, masjid ini didirikan dan sehingga digunakan dengan jumlah bilangan ahli kariahnya adalah sekitar 50-60 keluarga sahaja. -Sehingga kini jumlah penduduknya (yang beragama islam sahaja ) telah mencecah hampir 80 orang keluarga yang bermastautin, dan tidak termasuk kepada penyewa dan pelajar-pelajar dari politeknik dan Universiti Sultan Idris (UPSI) yang turut menyewa di kawasan perumahan yang ada. -Dari segi kemudahan masjid ia mempunyai kawasan yang luas dan berhampiran dengan jalan utama (Jalan Persekutuan) yang hanya lebih kurang 350 meter sahaja. Keadaan bangunan masih cantik dari segi catnya yang baru serta penambah luasan bangunan termasuklah bangunan-bangunan yang lain. Pembangunan bagi pendidikan, sekolah agama, sekolah tahfiz, sekolah menengah, klinik dan bangunan kedai adalah berhampiran dengan masjid.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA





58137


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan