MASJID AT-TAQWA PROTON CITY

BANDAR BARU PROTON CITY. TANJUNG MALIM PERAK
PERAK
0813029
0195737731
30/11/-0001

SEJARAH

Pada asalnya, masjid ini dibina atas kapasiti sebagai surau. Ianya merupakan salah satu program sumbangan sosial kepada komuniti Proton City oleh Proton City Development. Masjid ini dibina diatas keluasan tanah 0.96 ekar. Ianya siap sepenuhnya pada bulan Jun 2006 dan telah mendapat kelulusan cf dari Majlis Daerah Tanjung Malim pada bulan Ogos 2009. Oleh sebab keperluan yang mendesak untuk penduduk menunaikan solat jumaat, maka pengerusi dan ahli jawatankuasa surau membuat permohonan bagi menukar taraf surau ke masjid diri jumaat. Alhamdulillah, permohonan dan permintaan ini diluluskan atas usaha, doa dan harapan semua penduduk di sini. Akhirnya surau ini dinaiktaraf kepada Masjid al Hidayah Proton City pada hari Jumaat 16 Januari 2009. Bermulalah detik bersejarah apabila penduduk di sini buat pertama kalinya mendirikan solat Jumaat di masjid ini. Pada 18 Disember 2009 (1 Muharram 1431h) sempena dengan sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Perak, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan untuk merasmikan masjid ini dan memperkenankan nama baru Masjid Taqwa.

BINAAN

KONSEP MASJID TERBUKA DENGAN ALIRAN UDARA SEMULAJADI. PEMBINAAN AWAN LARAT ADALAH SAMA DENGAN MASJID IMAM BUKHARI DI USBEZKISTAN. PEKERJA UKIRAN AWAN LARAT DI MASJID INI DIBUAT OLEH PEKERJA DARI USBEZKISTAN.WARNA MASJID ADALAH WARNA TANAH YANG BERKAIT RAPAT DENGAN ALAM SEMULAJADI.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -laluan orang kurang upaya -tandas awam -tandas orang kurang upaya -kerusi orang kurang uapay -perpustakaan -ruang bilik kuliah -rumah musafir -gazibo (pondok rehat)

PETA





57111


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan