MASJID BANDAR UNIVERSITI SERI ISKANDAR

LOT 20752, BANDAR UNIVERSITI32610 SERI ISKANDAR, PERAK.
PERAK
0809128
053711801
24/07/2018
24/07/2018

SEJARAH

Ilham untuk membina Masjid baharu Bandar Universiti bermula pada tahun 2011, dengan terbentuknya Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Universiti pada tanggal 28 November 2011. Justifikasi utama penubuhan Memandangkan pembangunan perumahan yang semakin pesat di kawasan Bandar Universiti, pembinaan masjid menjadi keperluan yang sangat mendesak. Sejak dari tarikh tersebut, Jawatankuasa telah memohon untuk mewartakan tapak sebagai tanah wakaf Majlis Agama Islam Negeri Perak [MAIPk] pada 5 Disember 2011 [perwartaan diluluskan Pejabat Tanah dan Galian pada 10 Julai 2013], permohonan mendirikan Masjid kepada Jabatan Agama Islam Perak [JAIPk] pada 13 Februari 2012. kebenaran diperolehi pada 4 Oktober 2012 dan permohonan Kebenaran Merancang [KM] kepada Majlis Daerah Perak Tengah [MDPT] pada 9 Ogos 2013 dan Pelan Bangunan [PB] pada 15 November 2013. KM diluluskan MDPT pada 9 Oktober 2013 dan PB pada 27 Mei 2014. Permohonan mendapatkan dana pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak-pihak swasta turut dilakukan. Selain daripada itu kutipan daripada orang ramai terus dijalankan dengan pelbagai kaedah. Pada 26 November 2015, satu perjumpaan dibuat dengan Ahli Parlimen Parit pada waktu itu, iaitu YB Dato’ Mohd Zaim bagi membawa permohonan pembiayaan kepada Kerajaan Persekutuan. Akhirnya pada 11 April 2016, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak [PPPN Perak] telah mengadakan mesyuarat koordinasi dan memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembiayaan pembangunan sebanyak RM4.7 juta. Perlaksaanaan projek juga diuruskan sepenuhnya oleh PPPN Perak. Pihak Jawatankuasa juga akan menampung dana tambahan kos pembangunan sebanyak RM1 juta, hasil kutipan derma daripada orang ramai. Selepas melalui proses tender terbuka yang diuruskan oleh PPPN Perak, kontraktor iaitu Tetuan Missie Sdn. Bhd. telah dilantik pada 23 Ogos 2016, dan projek pembinaan telah bermula di tapak pada 29 Ogos 2016 bagi tempoh selama 18 bulan. Penentuan arah kiblat telah disempurnakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak pada 19 September 2016. Semasa pembinaan sedang rancak berjalan di tapak, pada 9 Disember 2017, bertempat di Dewan Orang ramai Bandar Universiti, Jawatankuasa Masjid Bandar Universiti telah dilantik melalui Mesyuarat Agung Penubuhan Jawatankuasa. Seramai 20 orang yang mewakili ahli kariah dari setiap kawasan di Bandar Universiti telah diberi amanah untuk memegang tampuk pengurusan Masjid, walaupun pada ketika itu masjid masih lagi dalam pembinaan. Projek berjaya disiapkan sepenuhnya pada 24 Julai 2018 [setelah dua kali kontraktor mendapat tempoh lanjutan masa]. Majlis penyerahan rasmi telah berlangsung pada 27 Julai 2018 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hasim [Pegawai Pembangunan Negeri dari PPPN Perak] kepada Tuan Haji Mohd. Haidi Sulaiman [Timbalan Ketua Eskekutif MAIPk] dan Tuan Hj. Azman Zainonabidin [Pengerusi Masjid Bandar Universiti]. Sejurus selepas itu, YBhg. Dato’ As’ad Abdul Halim [Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak] telah membuat pengisytiharan bagi membolehkan solat Jumaat didirikan. Solat Jumaat pada hari tersebut dimamkan oleh Ustaz Badrul Husaini, yang merupakan imam Masjid Daerah Perak Tengah. Sebulan selepas pengisytiharan iaitu tanggal 27 Julai 2018, Masjid Bandar Universiti telah menempah sejarah apabila dicalonkan sebagai Masjid Bestari bagi negeri Perak. Enam orang Jawatankuasa telah dipilih untuk berkursus di Terengganu dalam usaha meningkatkan kefahaman tentang ciri-ciri Masjid Bestari. Sejak dari tarikh percalonan tersebut, pihak Jawatankuasa telah berusaha untuk memperkemaskan aspek pengurusan kearah yang lebih cekap dan profesional. Pada 29 Januari 2019, Jawatankuasa yang dipilih telah mendapatkan perlantikan rasmi daripada Majlis Agama Islam Islam Negeri Perak dan skop Jawatankuasa kini dikenali sebagai Jawatankuasa Kariah Masjid Bandar Universiti. Tempoh perlantikan Jawatankuasa bermula dari 1 Februari 2019 sehingga 31 Januari 2022.

BINAAN

Ruang ini turut berfungsi sebagai balai lintang. Empat lokasi ruang wudhuk utama disediakan, termasuk satu ruang wudhuk yang khusus untuk Muslimat. Tempat berwudhuk luaran turut disediakan di tiga lokasi berbeza. Rak-rak perabut jenis “built-in” dibina di beberapa lokasi strategik untuk menempatkan Al-Quran, surah Yasin dan rehal. Di ruang solat Muslimat pula disediakan ruang khas untuk bersolek serta kelengkapan perabut untuk telekung. Malah di ruang Muslimat juga disediakan ruang khusus untuk Muslimat yang tidak boleh bersolat. Di kawasan ruang solat terbuka, dua buah courtyard disediakan yang berfungsi sebagai pengudaraan semulajadi serta menjadi tempat untuk kanak-kanak. Tempat duduk turut disediakan di beberapa lokasi strategik di dalam dan luar Masjid. Blok Tandas dilengkapi dengan kemudahan perkakas sanitari seperti “water closet”, “wash hand basin” dan “shower”. Kemudahan tandas untuk OKU juga disediakan. Malah, ruang menunggu turut disediakan di pintu masuk Tandas. Bagi memastikan tandas sentiasa mendapatkan pengudaraan yang cukup, sistem pengudaraan mekanikal turut sediakan. Blok tandas ini turut diasingkan dari blok Masjid. Blok Tandas ini juga turut dilengkapi dengan Dewan Terbuka, Pantri dan Setor. Masjid juga menyediakan Bilik Pengurusan Jenazah yang selesa dan lengkap dengan “built-in furniture” untuk menyimpan peralatan pengurusan jenazah. Pejabat Pengurusan dan Bilik Bacaan disediakan di bahagian Balai Lintang berhampiran pintu masuk utama. Di bahagian luar masjid pula dilengkapi dengan tempat letak kereta yang luas (termasuk yang tempat letak kereta berbumbung), tempat letak motorsikal yang khusus dan laluan pejalankaki berbumbung. Pencahayaan artifisial menggunakan lampu jenis LED yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Untuk tujuan audio visual dan komunikasi,

KEMUDAHAN

Ruang solat berhawa dingin disediakan buat muslimin (480 jemaah) dan muslimat (120 jemaah). Ruang solat terbuka yang luas juga disediakan yang berupaya menampung 900 jemaah. Masjid dilengkapi dengan “PA system” yang menyeluruh, sistem makumat TV dibeberapa lokasi, “LCD screen & projector” dan kemudahan wifi. Kemudahan OKU juga disediakan secukupnya bagi memudahkan jemaah OKU bersolat di Masjid seperti tempat letak kenderaan OKU, “ramp” dan tandas.

PETA