MASJID AS - SOHABAH

PARIT 13,TITI GANTUNGBOTA KIRI
PERAK
0809126
02/03/2020

SEJARAH

Masjid As-Sohabat dibina diatas tanah yang diwakafkan kepada penduduk kampung Parit 13 seluas 1/4 suku ekar. Tanah ini diwakafkan oleh Md Isa bin Saad. Keluasan masjid ini pula adalah 60'kaki x 60’kaki persegi. Pengasas Masjid ini adalah Ustaz Saad bin Hashim dan Abu Bakar bin Kassim. Dana pembinaan masjid ini diperingkat awalnya adalah derma orang ramai dan peralatan pula dibiayai oleh kerajaan. Kapasiti jemaah yang boleh dimuatkan di dalam masjid ini adalah seramai 800 orang jemaah dalam satu masa. Mukadimah Kampung Parit 13. Lokasi Kampung Parit 13 meliputi Parit 12,Parit 13 dan Parit 14. Keluasannva diaggarkan 2 kilometer persegi. Lokasi kedudukan Kampung Parit 13 lebih kurang 2KM dari Iebuhraya Ipoh-Lumut di kawasan Titi Gantung. Bilangan keluarga seramai 175 buah keluarga jumlah penduduk seramai 594 orang. Terdiri daripada kaum lelaki seramai 317 dan kaum perempuan 273 orang. Hasil utama penduduk kampung adalah sawit dan padi. Masjid As Sohabat adalah masjid yang pertama dibina di Kampung Parit 13. Sebelum Masjid ini dibina di kampung Parit 13, hanya terdapat dua buah surau iaitu surau Parit 13 dan Surau Parit 14 dan perbincangan antara dua ahli kariah surau ini,mereka telah mencadangkan untuk membina sebuah masjid untuk kegunaan semua ahli kariah dan menutup kedua-dua buah surau tersebut. Dari perbincangan tersebut, kariah dan penduduk kampung telah bersetuju untuk memulakan pembinaan masjid ini dengan memulakan langkah dengan mengadakan mesyuarat dan seterusnya menubuhkan Ahli Jawatankuasa Penaja untuk pembinaan masjid. Penentuan arah kiblat telah dilakukan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak pada awal tahun 2008.

BINAAN

binaan dari batu bata dan konkrit lantai carpet. bumbung daripada zink dan mempuyai mimbar khutbah.

KEMUDAHAN

(1) Dewan Makan

(2) Tandas /Bilik air awam

(3) Tandas oku

(4) Tempat wudu’ oku

PETA





57091


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan