MASJID AL-AMIN

KAMPUNG TAWAI,GERIK, PERAK.
PERAK
0808127
0193814018
14/02/1967

SEJARAH

Masjid Al-Amin, Kampung Tawai digunakan oleh masyarakat setempat sebagai tempat beribadat dan aktiviti kemasyarakatan sejak ia dibina pada tahun 1969. Kariah masjid ini terdiri daripada 2 buah kampung, iaitu Kampung Kaki Bukit Tawai dan Kampung Masjid TAW Ia juga digunakan bagi melaksanakan solat Jumaat pada setiap minggu. Pada tahun 2020, Kerajan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak telah meluluskan peruntukan sebanyak 3 juta ringgit untuk menaiktaraf masjid ini. Pada 8 Mac 2024, bersamaan 27 Syaaban 1445H, masjid telah selesai kerja-kerja naik taraf dan telah diisytihar solat jumaat oleh Ketua Penolong Mufti Negeri Perak, AF Ustaz Kamarudin bin Adam. Setelah itu, masjid ini menggalami pelbagai penambahbaikan infrastruktur bagi memberi keselesaan kepada para jemaah.

BINAAN

Binaan masjid ini bercirikan senibina melayu. Pada bahagian ruang solat utama dihiasi dengan sebuah lampu chandeliar di bahagian tengah dan mihrab dihadapan masjid. Masjid ini juga mempunyai sayap di kiri dan kanan serta ruangan beranda masjid di kawasan belakang masjid. Kapasiti masjid ini mampu menampung sekitar 400 jemaah pada suatu masa.

KEMUDAHAN

(1) Dewan Makan

(2) Bilik Kuliah

(3) Pejabat pentadbiran

(4) Asrama / Bilik Musafir

(5) Lot kedai perniagaan

(6) Pondok /wakaf rehat

(7) Tandas /Bilik air awam

(8) Tandas oku

(9) Tempat wudu’ oku

(10) Kerusi solat oku

PETA





231996


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan