MASJID AL-MAKMUR

KAMPUNG PADANG JERI, 33300 GERIK, PERAK.
PERAK
0808115
05-7917420
01/05/1988

SEJARAH

Bermula pada tahun 1974, penduduk Kg. Padang Jeri hanya ada 20 keluarga. Maka penduduk kampung bergotong-royong mendirikan sebuah surau yang bertiangkan kayu bulat, dinding buluh, atap daun rumbia dan mendirikan sembahyang berjemaah. Pada masa yang sama, penduduk Kg. Padang Jeri menunaikan solat Jumaat di masjid Kg. Kenayat yang jarak lebih kurang 6KM. Memandangkan penduduk semakin bertambah dan ramai, maka penduduk memohon bantuan dengan kerjasama ketua Kg. Tanjung Kasau untuk mendapatkan sebuah surau yang lebih baik dan selesa. Pada tahun 1978, permohonan kami diterima, maka terdirilah sebuah surau. Bentuk surau tersebut di bawah bangunan dijadikan dewan orang ramai dan di atas digunakan untuk surau. Peruntukannya di anggarkan berjumlah RM7000.00. Pembukaan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Razali Jawi dan Menteri Razali Shafie. Selang beberapa tahun, memandangkan penduduk bertambah ramai untuk menunaikan solat Jumaat dengan adanya persetujuan pihak Pejabat Agama Daerah supaya diadakan solat Jumaat di Surau Padang Jeri, maka penduduk kampung tidak lagi ke Masjid Kenayat untuk menunaikan solat Jumaat. Pada tahun 1988, dengan kerjasama Tok Ketua J.K.K.K serta Penghulu Mukim memohon untuk mendapatkan sebuah masjid di Kg. Padang Jeri dengan adanya jasa baik pihak kerajaan maka penduduk mendapat sebuah masjid yang begitu cantik dan diberi nama Masjid Al-Makmur Kg. Padang Jeri dirasmikan oleh Tuanku Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pada 01HB Jun 1990 bersamaan 7 Zulkaedah 1410, maka rasmilah sudah Masjid Al-Makmur Kg. Padang Jeri, 33300 Gerik, Perak hingga ke hari ini.

BINAAN

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -tandas awam

PETA





57123


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan