MASJID JAMEK AR-RIDZUAN

ALOR PONGSU 34300 BAGAN SERAI PERAK
PERAK
0807069
019 6932892
10/02/1931

SEJARAH

Masjid Jamek ar-Ridzuan dibina pada tahun 1931. Hasil sumbangan wang daripada penduduk kampung. Di awal pembinaannya keluasan masjid hanya dapat menampung sekitar 200 jemaah sesuai dengan kapasiti bilangan penduduk pada masa itu. Penghijrahan masuk penduduk terutama dari negeri Kedah untuk meneroka tanah terbiar menjadikan Alor Pongsu mengalami pertambahan penduduk menjadikan ruang masjid untuk menunaikan solat semakin terhad. Ruang tambahan pertama dibina disisi masjid pada tahun 1998 di mana majlis perasmiannya untuk diiktiraf sebagai sebahagian masjid yang sah untuk beriktikaf disempurnakan oleh Yang Bahagia Orang Kaya-Kaya Shahbandar Paduka Indera Dato Sri Mohd Zulkifli Kushairi sebagai mewakili sultan. Usaha-usaha meluaskan ruang solat diteruskan bagi menampung pertambahan bilangan jemaah disebabkan wujudnya 4 buah taman perumahan baru iaitu Taman Sri Pongsu, Taman Pongsu Melati, Taman Pongsu Mawar dan Taman Pongsu Teratai. Pembukaan tol Alor Pongsu menjadi tempat persinggahan utama bagi pengguna lebuhraya arah utara dan selatan terutama dalam menunaikan solat fardhu jumaat.

BINAAN

Keseluruhan struktur binaan adalah daripada batu bata dan kerangka daripada asas logam untuk tujuan ketahanan dan serangan anai-anai. Masjid ini mempunyai kubah menyerupai kubah masjid negara dan dana sedang dikumpul untuk pembinaan menara yang baru. Menara yang lama terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembesaran dan pengubahsuaian bangunan tambahan yang baru dilaksanakan pada tahun 2013. Bumbung keseluruhannya telah ditukar daripada zink kepada zink metaldec yang mempunyai warna yang seragam. Ia mempunyai sebuah mihrab yang diubahsuai bentuk dan ciri binaannya adalah daripada kayu yang mempunyai senibina khat dan ukiran yang unik berusia sama dengan masjid yang asal. Ruang solatnya telah dihampari dengan permaidani termasuk ruang tambahan hasil sumbangan individu dan badan korporat (TNB). Ruang solat utama dibatasi dengan dinding kaca untuk tujuan pengawalan dan penjimatan sistem penghawa dingin. Ruang solat utama dapat menampung lebih kurang 300 jemaah yang dilengkapi dengan pintu utama automatik. Walaupun bahagian hadapannya telah mengalami pengubahsuain kepada bentuk moden, tetapi masjid ini masih mengekalkan senibina dan struktur bangunan lama untuk tujuan menjaga sumbangan wakaf. Uniknya 4 tiang asal masjid lama masih dikekalkan yang disaluti dengan jubin untuk tujuan mengekalkan ketahanan struktur binaannya.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -laluan orang kurang upaya -tandas awam -tandas orang kurang upaya -kerusi orang kurang upaya -perpustakaan -ruang it -ruang bilik kuliah -kawasan riadah

PETA





58638


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan