Masjid Taman Kuala Kangsar terletak lebih kurang 4 kilometer dari Bandar Kuala Kangsar. Lokasinya berhampiran dengan stesen keretapi dan Hospital Kuala Kangsar, Taman Anggerik dan Taman Sheikh Tahir.
Pada tahun 1998, ahli jawatankuasa Taman Kuala Kangsar telah berjaya menyiapkan sebuah surau bagi kegunaan penduduk Islam Taman Kuala Kangsar pada masa itu dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM27,000. solat berjemaah 5 waktu telah didirikan di samping pelbagai lagi aktivit keagamaan yang melibatkan semua ahli kariah surau.
Pada 1hb Januari 1990, Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah meluluskan Surau Taman Kuala Kangsar bagi mendirikan solat jumaat disebabkan halangan yang dihadapi oleh penduduk Taman Kuala Kangsar terutamanya ketika melintasi laluan keretapi untuk pergi menunaikan solat jumaat di Masjid Ridzuaniah Kuala Kangsar. Kelulusan ini telah memberi banyak kemudahan dan keselesaan kepada penduduk Taman Kuala Kangsar dan taman-taman sekitarnya.
Penambahan bilangan penduduk Islam di Taman Kuala Kangsar, Taman Anggerik dan Taman Sheikh Tahir serta ditambah dengan pekerja-pekerja kilang berhampiran yang datang menunaikan solat jumaat menimbulkan situasi yang kurang selesa. Justeru pihak ajk Surau Taman Kuala Kangsar telah menubuhkan satu jawatankuasa pembinaan masjid taman kuala kangsar yang diketuai oleh Tuan Hj Mohd Isa B Jaafar, Khusus untuk merangka dan bergerak ke arah membina sebuah masjid yang lebih besar dan sempurna bagi menampung keperluan penduduk Taman Kuala Kangsar, Taman Anggerik dan Taman Sheikh Tahir.
Hasil usaha jk pembinaan dan doa semua penduduk Islam, kelulusan pembinaan sebuah masjid di tapak berkeluasan 0.821 hektar di lot 10308 telah diperolehi dengan peruntukan dari Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya sebanyak RM900,000 disamping hasil derma dan sumbangan AJK dan orang ramai sebanyak RM86,000. Pada tahun 2004, kerja-kerja pembinaan telah dilakukan dengan pemantauan pihak jabatan kerja raya.
Dengan jumlah RM968,000 tersebut, Masjid Taman Kuala Kangsar telah dapat disiapkan dan upacara penyerahannya telah dilakukan oleh jabatan kerja raya kepada Pejabat Agama Daerah Kuala Kangsar pada 29 Ogos 2005. Sehubungan dengan itu, Masjid Taman Kuala Kangsar telah digunakan dengan rasminya pada 30 Ogos 2005 dengan solat maghrib berjemaah dan diadakan majlis bacaan yassin dan tahlil sempena menaymbut hari kemerdekaan.
Pada 16 september 2005, majlis pengisytiharan mendirikan solat jumaat di masjid taman kuala kangsar telah disempurnakan oleh Us Zamri B hashim dari Jabatan Mufti Negeri Perak. Bermula daripada tarikh inilah Masjid telah digunakan secara optimum oleh seluruh anak kariah. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan para jemaah yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa.
BINAAN
pembinaan moden
KEMUDAHAN
ruang solat lelaki dan wanita, tandas lelaki dan wanita, ruang wudhu lelaki dan wanita, papan kenyataan, CCTV, TV digital, setor, laluan OKU, kerusi solat OKU, bilik pegawai masjid, dewan makan, parkir kenderaan, parkir kenderaan VIP, setor, pondok rehat, mimbar moden, menara masjid, van jenazah, penghawa dingin,
Perlindungan Data - Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan - Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.