MASJID AR RAHMAH

KAMPUNG BENDANG KERING, 33040 KUALA KANGSAR, PERAK
PERAK
0805252
0124233853
02/10/1865

SEJARAH

Semasa perkhidmatan Tn.Hj Abdul Hamid B Sulaiman sebagai imam ketika itu, beliau pernah menceriatakan bahawa masjid ini dibina dalam jangkaan tahun 1865. Semasa zaman Sultan Iskandar Shah memerintah negeri Perak. Ia dibina secara gotong royong dan hasil daripada wang kutipan derma anak-anak kariah ketika itu. Sepanjang ingatan saya, masjid ini berbumbung ciri-ciri senibina melayu yang beratapkan daripada zink dan mempunyai kubah yang diperbuat daripada zink bersaiz kecil. Selain itu, ia sudah pun berlantaikan simen tanpa sebarang jubin serta berdindingkan papan. Berhampiran dengannya terdapat satu bangunan papan dua tingkat berlantaikan simen untuk dijadikan tempat anak-anak kariah mempelajari ilmu agama yang dipanggil juga sebagai madrasah. Lebih kurang dalam tahun 1966, YAB Tengku Razali Hamzah datang ke Kampung Bendang Kering untuk merasmikan Sekolah Kebangsaan Bendang Kering meluluskan permohonan membaik pulih masjid dengan nilaian RM65,000 untuk membesarkan masjid disebelah hadapan menukarkan atap dari zink kepada abestos seperti yang ada sekarang mendirikan menara kayu dan mengubah kolah tempat mengambil wuduk. Pada tarikh 06 Februari 1993, dengan daya usaha ajk masjid membuat kutipan derma untuk menukar menara dari kayu ke binaan batu dan kerja pengubahsuaian ini dilakukan oleh tukang-tukang kayu anak kariah tempatan dengan nilaian RM6000 sahaja. Menara inilah kekal sehingga hari ini. sedangkan kontrak-kontrak kontraktor berkehandakkan antara RM15 ribu-RM24 ribu. Tidak berapa lama selepas itu ada seorang pegawai tadbir agama daerah Kuala Kangsar datang ke Masjid Bendang Kering untuk merasmikan suatu majlis. Beliau telah menyarankan supaya pentadbir masjid ini memohon peruntukan untuk menggantikan surau yang tertulis di para 2 kerana mengikut pandangan beliau surau tersebut lebih tinggi dari masjid dan dilihat tidak sesuai. Dengan peruntukan RM43 ribu, surau itu pun diroboh dan dibina bangunan baru tanpa dinding. cuma dipasang penghadang botol simen dijadikan balai lintang. ia dilakukan pada tarikh 31/11/2001. Pada tarikh 12/11/2004, kerja-kerja membina bilik bacaan, bilik imam dan membaik pulih tandas lelaki dan wanita pula dilakukan. Kemudian daripada itu pada tahun 2004 juga pihak kerajaan persekutuan telah meluluskan sebanyak RM80,000 untuk mengubahsuaikan pagar dari pagar dawai chain link kepada pagar baru simen bata bunga, mengubahsuai tangga, membuat dinding bata keseluruhan balai lintang, mendirikan tempat masak dan mengindahkan laman masjid. Dalam tahun 2006, pula dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM20,000 pihak masjid dapat membuat memasang jubin lantai di laman masjid dan tempat rehat serta stor simpanan. Kemudian dalam itu pada tahun 2008 juga pula dengan peruntukan RM8000 dapat membaiki kolah dan mengatapnya serta membaiki tandas wanita.

BINAAN

-Kubahnya adalah kecil dan terletak di atas ruang empat persegiyang berdindingkan cermin dan ia juga diperbuatkan daripada zink dan berbentuk seperti kubah. -Ia hanya mempunyai 1 sahaja menara yang dibuat oleh tukang-tukang kampung dari binaan 90% batu dan disinilah diletakkan pembesar suara jenis lama untuk bilal memperdengarkan azan, bacaan al-quran dan penyiaran. menara ini juga mempunyai kubah yang kecil tetapi ia lebih besar dari kubah masjid. -bumbung masjid ini masih lagi mengikut binaan ciri-ciri binaan melayu tradisional. mihrab juga berbentuk tradisional berawan larat dan beratapkan kain kunig. Tuan khatib mesti naik dari hadapan dan memusingkan badan untuk mengadap jemaah ketika hendak membaca khutbah. -Ruang solat dikira luas juga berkarpet dan bermozek, kini bertambah luas kerana ruang alai lintang beranda dalaman boleh dijadikan ruang solat kerana telah dipasang jubin. -Senibina keseluruhan masjid asalnya separuh batu dan separuh kayu manakala yang lain keseluruhannya 95% batu dan selebihnya kayu.

KEMUDAHAN

(1) Dewan Makan

(2) Pejabat pentadbiran

(3) Kaunter pungutan zakat

(4) Tandas /Bilik air awam

(5) Laluan ramp untuk kerusi roda (OKU)

(6) Kerusi solat oku

PETA





232267


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan