MASJID AL WAHIDIAH

KAMPUNG KUALA DAL, 33700 PADANG RENGAS, PERAK
PERAK
0805248
0125580383
17/06/1975

SEJARAH

-Sejarah pembinaan masjid ini bermula, bila masjid yang lama, Masjid Alang Iskandar sudah tidak dapat menampung bilangan jemaah yang mendirikan jumaat semakin bertambah. Secara kebetulan apabila pemegang tanah wakaf Masjid Dato' Setia Diraja meninggal dunia, tanah wakaf ini masih belum dipindah milik kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perak, maka waris-waris beliau telah menuntut tanah wakaf masjid ini sebagai tanah pusaka. - Oleh sebab itu, kedudukan msjid lama mula tergugat, maka pihak ajk masjid telah memutuskan untuk mencari tapak masjid baru, dan almarhum Tuan Hj Abd Wahid yang merupakan ketua kg dan imam masjid pada masa itu telah bermurah hati mewakafkan tanah beliau lot 2993 bersebelahan masjid lama untuk didirkan masjid baru. -Pelbagai ikhtiar telah dilakukan untuk mencari peruntukan bagi membolehkan masjid baru dibina,permohonan telah dimajukan kepada Yb Hj Mohd Shaffie Mat Saman yang merupakan adun kawasan pada masa itu. Peruntukan telah diperolehi sebanyak RM25000 daripada peruntukan Kerajaan Negeri Perak. Maka pembinaan mula berlaku di awal tahun 1975. Peristiwa penting juga berlaku di mana peruntukan diluluskan sebanyak RM50,000 pada awalnya, Tetapi terpaksa dibahagi 2 kerana Masjid Kg. Lempor memerlukan keadaan yang sama.

BINAAN

-Ciri-ciri binaan sepertibiasa , tiada keunikan, hanya dibina dari batu bata seperti bangunan biasa. Tiada keutamaan sama ada dari bentuk design atau keunikannya. Cuma bentuk mihrab sahaja ada sedikit keunikannya, sebahagian kerawangnya diambil dari masjid lama dan dihias dengan awanlarat dari getah tiruan. lain-lain tiada keistimewaan

KEMUDAHAN

(1) Tandas /Bilik air awam

PETA





232267


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan